Gerakan Dakwah Salafiah Ditekan Teruk Di Hijaz(Arab Saudi) Dizaman Pemerintah Cenderung Kepada Sufi.

Friday, May 16, 2014 2:21 PM By Amien Ashbahani , In

Semasa tempoh Hijaz termasuk didalam wilayah pemerintahan Daulah Uthmaniyah yang cenderung kepada sufi yang melampau ketika itu gerakan dakwah salafiah teruk ditekan, para pembawa dan pendokong manhaj ini dizalimi habis habisan. Pemerintahan Uthmaniyah langsung tidak bertoleransi dengan gerakan dakwah salafiah.

Buktinya sebelum kedatangan Syeikh Muhammad Abdul Wahhab tokoh pembaharu yang membersihkan semula Hijaz dari amalan syirik dan khurafat telah datang sebelumnya Syeikh Muhammad bin Muhammad bin Sulaiman Al Ruwadani yang wafat pada tahun 1094 hijriyyah. Beliau wafat sebelum kelahiran Syeikh Muhammad Abdul Wahhab. Syeikh Muhammad Bin Muhammad Bin Sulaiman al Ruwadani salah seorang kibar ulama Hijaz yang tidak redha dengan segala perkara syirik & sambutan sambutan bidaah yang dilakukan penduduk Hijaz ketika itu. Beliau antara yang lantang menentang binaaan diatas kubur yang menjadi amalan masyarakatnya ketika itu.

Ketika itu, Syeikh Muhammad Bin Muhammad Bin Sulaiman al Ruwadani tidak mampu untuk membetolkan keadaan masyarakatnya, beliau telah menyendiri dirumah dan tidak mampu menegakkan aqidah yang suci dan bersih dari kesyirikan. Keadaan berubah selepas itu apabila Menteri Utama Kerajaan Uthmaniyah yang mengenali dan menghormati Syeikh Muhammad Bin Muhammad Bin Sulaiman al Ruwadani telah melantik beliau menguruskan Hal Ehwal Agama Di Hijaz.
Syeikh Ruwadani telah menjalankan tugasnya dengan baik, segala sambutan bidaah dan binaan diatas kubur telah dihapuskan.

Tetapi tempoh tersebut tidak lama, setelah Menteri yang melantik Syeikh Ruwadani wafat, Syeikh Ruwadani telah dipecat dari jawatannya. Bukan sahaja dipecat bahkan beliau telah dibuang dari Hijaz dan dizalimi dengan teruknya. Selepas dari itu segala amalan syirik kembali bertapak dibumi Hijaz.

Bukan Syeikh Ruwadani sahaja yang dizalimi dibumi Hijazi bahkan Dakwah Salafiah terus diperangi pada akhir pemerintahan al Asyraf, lihatlah pada kisah kezaliman yang menimpa al Alim Al Makki Al Salafi Abu Bakar Bin Arif yang wafat pada tahun 1349 hijriyah dizalimi dengan teruk sekali, beliau dipenjarakan, anaknya dibunuh didalam tahanan...Syeikh Abu Bakar terus dipenjarakan sehinggalah jatuhnya kerajaan Al Asyaraf diMakkah.

Inilah sejarah Hijaz dizaman pemerintah yang cenderung kepada sufi...namun segalanya telah berakhir. ALLAH telah selamatkan tanah Hijaz dari golongan yang melampau.

Cerita ini dari artikel Syeikh Hatim Syarif Awni berkenaan Tasamuh Din DiBumi Hijaz.

www.saaid.net/feraq/sufyah/71.htm

0 comments:

Post a Comment