Perbincangan Mengenai Rejab

Saturday, May 17, 2014 5:07 AM By Amien Ashbahani

Setiap kali datangnya bulan Rejab, pasti perbincangan mengenai hadis hadis daif hangat kembali. kite sebagai penuntut ilmu usahlah sempitkan dada dan cepat menuduh. Jadikanlah apa yang berlaku ini peluang untuk kite menambah ilmu dan mencari kebenaran.

Para ulama telah banyak membincangan mengenai hadis daif ini, dari segi pentakrifannya, pecahannya dan pelbagai lagi. Antara yang menjadi perbincagan mereka juga hukum meriwayatkan hadis hadis yang daif ini.

Para ulama telah bersepakat melarang meriwayatkan hadis palsu melainkan dengan menjelaskan kepalsuannya tetapi mereka berselisih kepada dua pandangan apa masalah meriwayatkan hadis yang daif.

Golongan Yang Pertama:

Tidak boleh meriwayatkan hadis daif kecuali dengan menjelaskan kedaifannya serta hendaklah kite syadid pada masalah sanadnya baik pada perkara galakkan,ancaman dan lebih lebih lagi pada masalah berkait aqidah, halal dan haram.

Golongan Yang Kedua.

Buleh meriwayatkan tanpa menjelaskan kedaifan pada masalah yamg berkaitan galakan,ancam dan tidak pada masalah berkait aqidah, halal dan haram.

Golongan ini berkata pada masalah ini:

اذا روينا في الحلال والحرام شددنا واذا روينا في الفضائل ونحوها تساهلنا.

Apabila kami meriwayatkan pada perkara halal dan haram kami syadidkan, dan apabila kami riwayatkan pada fadoil amal kami mudahkan.

Inilah dua pandagan pada hukum meriwayatkan hadis yang daif. Pandangan pertama lebih rajih terutama dizaman yang penuh fitnah ini ramai menyebarkan hadis hadis palsu dan daif yang terlalu teruk.

Kata al Allamah Syeikh Ahmad Syakir:

Aku melihat wajib pada menerangkan kedaifan sesuatu hadis dalam semua keadaan kerana ketiadaan pada menerangkannya buleh meragukan orang ramai bahwa ianya hadis soheh lebih lebih lagi hadis itu dibawa oleh ulama yang perkataan mereka dijadikan rujukan.

Memperjuangankan kesucian ilmu hadis, adalah keja amar makruf nahi munkar. Kita tak mahu agama islam dirosakkan dengan golongan yang tidak bertanggujawab menisbahkan sesuatu yang tidak disebut oleh Junjungan Besar Baginda Nabi SAW, maka berhati hati dalam masalah ini.

Imam Yahya bin Yahya berkata:

ﺍﻟﺬَّﺏُّ ﻋَﻦِ ﺍﻟﺴُّﻨَّﺔِ ﺃَﻓْﻀَﻞُ ﻣِﻦَ ﺍﻟْﺠِﻬَﺎﺩ
ِ
Membela sunnah lebih utama daripada jihad.

0 comments:

Post a Comment