SYEIKH SAID HAWA

Sunday, November 14, 2010 7:07 AM By Amien Ashbahani

SYEIKH SAID HAWA (rahimahullah)
Mujahid Ulung Abad -20M (1935-1989)
                        

Di pagi khamis yang hening, 9 Mac 1989, berangkatlah satu jiwa yang suci untuk menemui tuhannya yang ketika hayatnya dikenali sebagai Syeikh Said bin Muhammad Deib bin Mahmud Hawwa (rhm). Beliau adalah seorang pemikir muslim, mujahid, alim dan da’ie. Peribadi yang telah mengorbankan seluruh hayatnya untuk memperjuangkan Islam ini, telah kembali menghadap tuhannya dalam usia 54 tahun ketika dunia masih memerlukan dirinya.


Sejarah hidupnya

Syeikh Said Hawwa (rhm) dilahirkan di suatu tempat yang bernama Ailliyyat, yang terletak di bandar Hamma/Humat, Syria pada 27 September 1935M. Bapanya Muhammad Deib Hawwa merupakan seorang murabbi dan mujahid pemberani yang berjuang menentang penjajahan Perancis, maka tidak hairanlah darah pejuang mengalir di dalam tubuhnya dan mewarnai lukisan hidupnya. Ibunya meninggal dunia ketika beliau baru berusia 2 tahun.
Kemiskinan hidup menyebabkan beliau tidak mendapat pendidikan yang sempurna. Namun, kerana kecerdasan otaknya luar biasa kurniaan Allah Taala, beliau  mampu menimba kembali ilmu yang tertinggal sehingga muncul sebagai tokoh ulama’ yang terkenal dan ulung di abad ini.
Said Hawwa seorang yang gemar mem- baca buku. Dalam satu hari, ia pasti membaca buku; cepat membaca, cepat memahami dan cepat menguasai. Kecerdasannya diakui oleh teman-teman dan guru-gurunya.
Ketika masa muda, ia mengamati gerakan pemikiran nasionalis, sosialis dan Ikhwanul Muslimin. Lalu dengan hidayah Allah s.w.t. ia pun bergabung dengan Ikhwanul Muslimin tahun 1952.
Pada tahun 1956, beliau memasuki salah sebuah universiti di Damsyik dan lulus tahun 1961, menyertai ketenteraan (1963), mendiri kan rumah tangga (1964) dan dikurniakan empat orang anak lelaki. 
Di dalam tulisannya, beliau menyebut individu-individu yang memainkan peranan  besar dalam membentuk syakhsiyyah beliau di antaranya adalah Syeikh ‘Allamah Muhammad al-Hamid dan Syeikh Mustaffa as-Sibai’e. Ilmu nya ditalaqqi daripada Syeikh Abdul Karim ar-Rifa’iy, Syeikh Ahmad Al-Murad, Syeikh Musthafa az-Zarqa’, Ustaz Fauziy Faidhullah dan lain-lain.
Penglibatan awalnya dalam gerakan Ikhwanul Muslimin bermula pada tahun 1952 ketika beliau masih belajar di tahun 1 Thanawi.
Beliau terlibat dalam krisis perlembaga- an pada tahun 1979 dan dipenjarakan selama lima tahun. Di penjara itulah beliau mengarang kitabnya ‘al-Asas fit-tafsir’ (11 jilid), serta mempersiapkan beberapa buah buku dakwah lainnya.
Selepas dibebaskan dari penjara, beliau dilantik sebagai pimpinan Ikhwan Syria sehingga tahun 1982. Setelah itu beliau terlibat dalam siasah Ikhwan sehingga tahun 1987 dan pernah memegang tampuk kepimpinan Ikhwanul Muslimin di peringkat negeri dan antarbangsa.

Syakhsiyyah Mujahid Mithali

Kemuliaan peribadi mujahid ini terserlah dalam pergaulan seharian beliau dengan mereka yang bermuamalat dengannya, samada sahabat yang sefikrah, mahupun mereka yang berbeza fahaman dengannya. Akhlak yang baik, tutur kata yang lembut serta wajah yang sentiasa dihiasi dengan senyuman menambat hati sesiapa yang mengenalinya.
Beliau aktif memberikan pengajian dan khutbah di Syria, Arab Saudi, Kuwait, Emirat Arab, Iraq, Jordan, Mesir, Qatar, Pakistan, Amerika dan Jerman.
Beliau yang mengambil berat tentang perkembangan semasa dan kuat membaca serta mempunyai kemampuan yang meng- kagumkan dalam mengingati pelbagai aliran pemikiran.    
Meskipun beliau kaya dengan ilmu dan pekerti, tetapi kehidupannya sederhana sahaja dan tidak berharta. Kehidupannya yang sentiasa dalam kesederhanaan diterimanya dengan penuh rasa redha dan syukur. Keadaan ini telah membentuk sifat zuhud dalam dirinya.
Said Hawwa adalah seorang yang bersikap tegas dalam soal pakaian. Beliau pernah menulis dalam satu makalahnya: “Apabila halus perasaan keIslaman seseorang, maka bertambah kuatlah pegangannya terhadap sunnah. Sebaliknya apabila kasar perasaan seseorang itu, maka dia boleh menyesuaikan diri dengan mana-mana keadaan dan tidak akan terasa keadaan itu ganjil baginya. Seluar menggambarkan mentaliti Eropah. Ia bercanggah dengan sebilangan adab susila Islam. Di antara sebab kita perlu berpegang dengan pakaian ialah agar Islam dapat diperluaskan dan agar seseorang itu beriltizam dengannya, atau paling kurang ada niat untuk berbuat demikian.”
Walaupun beliau serius dalam perkara ini, namun beliau masih membuka ruang bagi orang yang berbeza pendapat dengannya. Oleh itu dipinta secara ijtihad supaya kita meng-ambil berat tentang pakaian dan rupa bentuk. Paling kurang seseorang itu tidak akan menentang orang lain yang beriltizam dengan nya.

Sumbangan Terhadap Islam

Syeikh Said Hawwa merupakan seorang da’ie yang berjaya. Beliau bukan sahaja menyampaikan ilmunya melalui kelas-kelas pengajian dan syarahan, malah turut menulis beberapa buah buku dan makalah antaranya:
‘Allah Jalla Jalaaluh’, ‘ar-Rasul’, ‘al-Islam’, ‘Asas fi Sunnah wa Fiqhiha: sirrah, aqo’ied, i’badah’, ‘Mustaklis fi Tazkiyatil anf-Fusi, ‘Pengenalan Kepada Dakwah Ikhwanul Muslimin’, ‘Jundullah Thaqafatan Wa Akhlaqan’, ‘Tarbiyatuna ar-Ruhiyah’, ‘Ufuk Risalah Ta’lim’ dan lain-lain lagi.
Buku-buku karangan beliau amat bernilai dan perlu dihadamkan oleh sesiapa yang bercita-cita untuk mewakafkan dirinya dalam perjuangan Islam. Di samping itu ianya sesuai dengan waqie’ dan zuruf di tanah air.
Di dalam buku ‘Jundullah Thaqafatan Wa Akhlaqan’, beliau telah menggariskan beberapa ciri akhlak asasi yang perlu dimiliki oleh setiap individu muslim untuk melayakkan dirinya ter- golong di dalam golongan Hizbullah sepenuh nya. Ciri-ciri akhlak tersebut adalah:
i-  Kecintaan kepada Allah.
ii- Bersifat rahmah kepada golongan  mu’minin.
iii-Bersifat tegas terhadap golongan kuffar.
iv-Berjihad di jalan Allah.
v-Memberikan wala’nya kepada Allah, Rasul dan golongan mu’minin.
   
“Oleh kerana ciri-ciri individu muslim ini tidak terbatas kepada beberapa ciri tertentu sahaja dan ia juga tidak ditentukan bilangan nya oleh al-Qur’an dan as-Sunnah, maka sayugialah perciriannya itu terbuka kepada ukuran dan kecenderungan yang berbeza. Namun begitu, sekiranya kita ingin menta’rif kan individu muslim secara menyeluruh,  maka pada dasarnya individu muslim itu adalah peribadi muslim yang muttaqin, kerana adalah jelas bahawa kewujudan seluruh sifat-sifat yang mulia itu adalah bersumberkan dari hati yang bertaqwa.”
Meskipun beliau telah pergi untuk selama-lamanya, namun manfaat yang tidak ternilai masih dapat diambil secara berterusan melalui buku-buku karangannya.
Pada 14 Disember 1988 beliau mengalami keadaan koma, kerana sakit yang dideritai, sehingga 9 Mac 1989 beliau wafat di Hospital Amman, Jordan. Jenazah beliau diiringi dengan kepiluan dan kesedihan serta doa puluhan ribu para pejuang Islam, sehinggakan terdapat penyair yang merintih: “Alangkah baiknya jika masa dapat melahirkan syakhsiyyah seperti ini, akan tetapi masa terbukti bakhil untuk berbuat demikian”.


PEMIKIRAN SALAFI

Friday, November 12, 2010 1:04 AM By Amien Ashbahani

oleh: imam al-Qaradhawi


Yang dimaksud dengan "Pemikiran Salafi" di sini ialah kerangka berfikir (manhaj fikri) yang tercermin dalam pemahaman generasi terbaik dari ummat ini. Yakni para Sahabat dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan setia, dengan mempedomani hidayah Al-Qur'an dan tuntunan Nabi SAW. 

Kriteria Manhaj Salafi yang Benar

Yaitu suatu manhaj yang secara global berpijak pada prinsip berikut :
  1. Berpegang pada nas-nas yang ma'shum (suci), bukan kepada pendapat para ahli atau tokoh.
  2. Mengembalikan masalah-masalah "mutasyabihat" (yang kurang jelas) kepada masalah "muhkamat" (yang pasti dan tegas). Dan mengembalikan masalah yang zhanni kepada yang qath'i.
  3. Memahami kasus-kasus furu' (kecil) dan juz'i (tidak prinsipil), dalam kerangka prinsip dan masalah fundamental.
  4. Menyerukan "Ijtihad" dan pembaruan. Memerangi "Taqlid" dan kebekuan.
  5. Mengajak untuk ber-iltizam (memegang teguh) akhlak Islamiah, bukan meniru trend.
  6. Dalam masalah fiqh, berorientasi pada "kemudahan" bukan "mempersulit".
  7. Dalam hal bimbingan dan penyuluhan, lebih memberikan motivasi, bukan menakut-nakuti.
  8. Dalam bidang aqidah, lebih menekankan penanaman keyakinan, bukan dengan perdebatan.
  9. Dalam masalah Ibadah, lebih mementingkan jiwa ibadah, bukan formalitasnya.
  10. Menekankan sikap "ittiba'" (mengikuti) dalam masalah agama. Dan menanamkan semangat "ikhtira'" (kreasi dan daya cipta) dalam masalah kehidupan duniawi.
Inilah inti "manhaj salafi" yang merupakan ciri khas mereka. Dengan manhaj inilah dibinanya generasi Islam terbaik, dari segi teori dan praktek. Sehingga mereka mendapat pujian langsung dari Allah di dalam Al-Qur'an dan Hadits-Hadits Nabi serta dibuktikan kebenarannya oleh sejarah. Merekalah yang telah berhasil mentransfer Al-Qur'an kepada generasi sesudah mereka. Menghafal Sunnah. Mempelopori berbagai kemenangan (futuh). Menyebarluaskan keadilan dan keluhuran (ihsan). Mendirikan "negara ilmu dan Iman". Membangun peradaban robbani yang manusiawi, bermoral dan mendunia. Sampai sekarang masih tercatat dalam sejarah.

Citra "Salafiah" Dirusak oleh Pihak yang Pro dan Kontra

Istilah "Salafiah" telah dirusak citranya oleh kalangan yang pro dan kontra terhadap "salafiah". 

Orang-orang yang pro-salafiah - baik yang sementara ini dianggap orang dan menamakan dirinya demikian, atau yang sebagian besar mereka benar-benar salafiyah - telah membatasinya dalam skop formalitas dan kontroversial saja, seperti masalah-masalah tertentu dalam Ilmu Kalam, Ilmu Fiqh atau Ilmu Tasawuf. 

Mereka sangat keras dan garang terhadap orang lain yang berbeda pendapat dengan mereka dalam masalah-masalah kecil dan tidak prinsipil ini. Sehingga memberi kesan bagi sementara orang bahwa manhaj Salaf adalah metoda "debat" dan "polemik", bukan manhaj konstruktif dan praktis. Dan juga mengesankan bahwa yang dimaksud dengan "Salafiah" ialah mempersoalkan yang kecil-kecil dengan mengorbankan hal-hal yang prinsipil. Mempermasalahkan khilafiah dengan mengabaikan masalah-masalah yang disepakati. Mementingkan formalitas dan kulit dengan melupakan inti dan jiwa.

Sedangkan pihak yang kontra-salafiah menuduh faham ini "terbelakang", senantiasa menoleh ke belakang, tidak pernah menatap ke depan. Faham Salafiah, menurut mereka, tidak menaruh perhatian terhadap masa kini dan masa depan. Sangat fanatis terhadap pendapat sendiri, tidak mau mendengar suara orang lain. Salafiah identik dengan anti pembaruan, mematikan kreatifitas dan daya cipta. Serta tidak mengenal moderat dan pertengahan(wasatiyyah).

Sebenarnya tuduhan-tuduhan ini merusak citra salafiah yang hakiki dan penyeru-penyerunya yang asli. Barangkali tokoh yang paling menonjol dalam mendakwahkan "salafiah" dan membelanya mati-matian pda masa lampau ialah Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah beserta muridnya Imam Ibnul-Qoyyim. 

Mereka inilah orang yang paling pantas mewakili gerakan"pembaruan Islam" pada masa mereka. Karena pembaruan yang mereka lakukan benar-benar mencakup seluruh disiplin ilmu Islam. 

Mereka telah menumpas faham "taqlid", "fanatisme madzhab" fiqh dan ilmu kalam yang sempat mendominasi dan mengekang pemikiran Islam selama beberapa abad. Namun, di samping kegarangan mereka dalam membasmi "ashobiyah madzhabiyah" ini, mereka tetap menghargai para Imam Madzhab dan memberikan hak-hak mereka untuk dihormati. Hal itu jelas terlihat dalam risalah "Raf'l - malaam 'anil - A'immatil A'lam" karya Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah.

Demikian gencar serangan mereka terhadap "tasawuf" karena penyimpangan-penyimpangan pemikiran dan aqidah yang menyebar di dalamnya. Khususnya di tangan pendiri madzhab "Al-Hulul Wal-Ittihad" (penyatuan). Dan penyelewengan perilaku yang dilakukan para orang jahil dan yang menyalahgunakan "tasawuf" untuk kepentingan pribadinya. Namun, mereka menyadari tasawuf yang benar (shahih). Mereka memuji para pemuka tasawuf yang ikhlas dan robbani. 

Bahkan dalam bidang ini, mereka meninggalkan warisan yang sangat berharga, yang tertuang dalam dua jilid dari "Majmu' Fatawa" karya besar Imam Ibnu Taimiyah. Demikian pula dalam beberapa karangan Ibnu-Qoyyim. Yang termasyhur ialah "Madarijus Salikin syarah Manazil As-Sairin ila Maqomaat Iyyaka Na'budu wa Iyyaka Nasta'in", dalam tiga jilid.

Mengikut Manhaj Salaf Bukan Sekedar Ucapan Mereka

Yang perlu saya tekankan di sini, mengikut manhaj salaf, tidaklah berarti sekedar ucapan-ucapan mereka dalam masalah-masalah kecil tertentu. Adalah suatu hal yang mungkin terjadi, anda mengambil pendapat-pendapat salaf dalam masalah yang juz'i (kecil), namun pada hakikatnya anda meninggalkan manhaj mereka yang universal, integral dan seimbang. Sebagaimana juga mungkin, anda memegang teguh manhaj mereka yang kulli (universal), jiwa dan tujuan-tujuannya, walaupun anda menyalahi sebagian pendapat dan ijtihad mereka.

Inilah sikap saya pribadi terhadap kedua Imam tersebut, yakni Imam Ibnu Taimiyah dan Ibnul-Qoyyim. Saya sangat menghargai manhaj mereka secara global dan memahaminya. Namun, ini tidak berarti bahwa saya harus mengambil semua pendapat mereka. Jika saya melakukan hal itu berarti saya telah terperangkap dalam "taqlid" yang baru. Dan berarti telah melanggar manhaj yang mereka pegang dan perjuangkan sehingga mereka disiksa karenanya. Yaitu manhaj "nalar" dan "mengikuti dalil". Melihat setiap pendapat secara obyektif, bukan memandang orangnya. Apa artinya anda protes orang lain mengikut (taqlid) Imam Abu Hanifah atau Imam Malik, jika anda sendiri taqlid kepada Ibnu Taimiyah atau Ibnul-Qoyyim 

Juga termasuk menzalimi kedua Imam tersebut, hanya menyebutkan sisi ilmiah dan pemikiran dari hidup mereka dan mengabaikan segi-segi lain yang tidak kalah penting dengan sisi pertama. Sering terlupakan sisi Robbani dari kehidupan Ibnu Taimiyah yang pernah menuturkan kata-kata: "Aku melewati hari-hari dalam hidupku dimana suara hatiku berkata, kalaulah yang dinikmati ahli syurga itu seperti apa yang kurasakan, pastilah mereka dalam kehidupan yang bahagia".

Di dalam sel penjara dan penyiksaannya, beliau pernah mengatakan: "Apa yang hendak dilakukan musuh terhadapku? Kehidupan di dalam penjara bagiku merupakan khalwat (mengasingkan diri dari kebisingan dunia), pengasingan bagiku merupakan rekreasi, dan jika aku dibunuh adalah mati syahid".

Beliau adalah seorang laki-laki robbani yang amat berperasaan. Demikian pula muridnya Ibnul-Qoyyim. Ini dapat dirasakan oleh semua orang yang membaca kitab-kitabnya dengan hati yang terbuka.

Namun, orang seringkali melupakan, sisi "dakwah" dan "jihad" dalam kehidupan dua Imam tersebut. Imam Ibnu Taimiyah terlibat langsung dalam beberapa medan pertempuran dan sebagai penggerak. Kehidupan dua tokoh itu penuh diwarnai perjuangan dalam memperbarui Islam. Dijebloskan ke dalam penjara beberapa kali. Akhirnya Syaikhul Islam mengakhiri hidupnya di dalam penjara, pada tahun 728 H. Inilah makna "Salafiah" yang sesungguhnya.

Bila kita alihkan pandangan ke zaman sekarang, kita temukan tokoh yang paling menonjol mendakwahkan "salafiah", dan paling gigih mempertahankannya lewat artikel, kitab karangan dan majalah pembawa missi "salafiah", ialah Imam Muhammad Rasyid Ridha. Pem-red majalah "Al-Manar' yang selama kurun waktu tiga puluh tahun lebih membawa "bendera" salafiah ini, menulis Tafsir "Al-Manar" dan dimuat dalam majalah yang sama, yang telah menyebar ke seluruh pelosok dunia.

Rasyid Ridha adalah seorang "pembaharu" (mujaddid) Islam pada masanya. Barangsiapa membaca "tafsir"nya, sperti : "Al-Wahyu Al-Muhammadi", "Yusrul-Islam", "Nida' Lil-Jins Al-Lathief", "Al-Khilafah", "Muhawarat Al-Mushlih wal-Muqollid" dan sejumlah kitab dan makalah-makalahnya, akan melihat bahwa pemikiran tokoh yang satu ini benar-benar merupakan "Manar" (menara) yang memberi petunjuk dalam perjalanan Islam di masa modern. Kehidupan amalinya merupakan bukti bagi pemikiran "salafiah"nya.

Beliaulah yang merumuskan sebuah kaidah "emas" yang terkenal dan belakangan dilanjutkan Imam Hasan Al-Banna. Yaitu kaidah :
"Mari kita saling bekerja sama dalam hal-hal yang kita sepakati. Dan mari kita saling memaafkan dalam masalah-masalah yang kita berbeda pendapat."
Betapa indahnya kaidah ini jika dipahami dan diterapkan oleh mereka yang meng-klaim dirinya sebagai "pengikut Salaf".



(disalin dari buku "Aulawiyaat Al Harokah Al Islamiyah fil Marhalah Al Qodimah" karya Dr.Yusuf Al Qordhowi, edisi terjemahan Penerbit Usamah Press)
catatan:kami tidak membuat sebarang edit untuk menghormati karya terjemahan Penerbit, semoga Allah swt mengurniakan kita semua petunjuk ke Jalan Kebenaran..Amien. 



Syeikhul Azhar Imam al-Akbar Dr. Abdul Halim Mahmud r.h.m.

Thursday, November 11, 2010 5:48 AM By Amien Ashbahani

‘ SEJARAH DAN PERJUANGAN ’

Syeikhul Azhar Imam al-Akbar
Dr. Abdul Halim Mahmud r.h.m.

Pengenalan

Dr. Abdul Halim Mahmud dilahirkan di Kampung Abu Hamd yang terletak di Bandar Bilbis di Muhafazah Syarqiyyah, Mesir pada 2 Jamadil Awwal 1328H bersamaan 12 Mei 1910M. Dibesarkan di dalam lingkungan keluarga yang mulia dan amat  menitikberatkan soal agama bahkan terkenal dengan taqwa dan akhlak mulia. Keturunan beliau sampai kepada Rasulullah s.a.w. melalui cucu baginda, Husain r.a. Beliau telah dididik dengan al-Qur’an dan selesai menghafaz keseluruhannya sejak kecil lagi. Walau bagaimanapun, usianya yang masih muda menghalang beliau daripada terus me-masuki al-Azhar.

Awal pengajian

Kecintaan beliau kepada ilmu pengetahuan amat jelas terserlah. Pada tahun 1923, beliau telah bertolak ke Kaherah bersama ayahnya untuk mendaftarkan diri bagi pengajian sekolah rendah di al-Azhar. Dua tahun kemudian, beliau bertukar ke Maahad Zaqziq. Kesungguhan beliau dalam bidang ilmu telah mendorong beliau memasuki Maahad Perguruan. Kehebatannya dapat dilihat ketika berada di peringkat sekolah rendah, beliau telah belajar sendiri untuk pengaji-an peringkat menengah kemudian mengambil peperiksaaan serta lulus sehingga membolehkan-nya memasuki peringkat pengajian yang lebih tinggi di al-Azhar. Pengajian yang sepatutnya dihabiskan dalam tempoh tiga tahun berjaya dihabiskan dalam tempoh satu tahun sahaja.

Belajar di al-Azhar

Pada tahun 1928, beliau meneruskan pengajian di Universiti al-Azhar ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Ketika itu, pengajian di al-Azhar belum dibahagikan mengikut fakulti tertentu. Syeikh Abdul Halim juga telah menama kan guru-gurunya yang amat disanjung oleh beliau ketika pengajiannya di Univesiti al-Azhar. Antaranya ialah: Syeikh Mahmud Syaltut, Syeikh Hamid Meheisen, Syeikh al-Zankaloni, Syeikh Muhammad Abdullah Daraz, Syeikh Muhammad Mustafa al-Maraghi dan Syeikh Mustafa Abdul Raziq. Beliau juga telah mengambil bahagian menyertai pertubuhan Islam ketika masih menjadi seorang pelajar. Antara pertubuhan tersebut ialah Jam’iyyah al-Syubban al-Muslimin dan juga Jam’iyyah al-Hidayah al-Islamiyyah yang dipengerusikan oleh Syeikh Muhammad al-Khidir Husain. Pada tahun 1932, beliau telah berjaya mem peroleh Syahadah ‘Alamiyyah daripada al-Azhar.

Melanjutkan Pengajian ke Luar Negeri

Seterusnya, Syeikh Abdul Halim menyambung pengajian ke Universiti Sorbonne di Perancis dengan ditemani isterinya. Ketika di sana, beliau telah memanfaatkan kebijaksanaannya dengan menggabungkan antara ilmu-ilmu agama dengan ilmu-ilmu barat. Disiplin dan jati diri yang kukuh di manfaatkan sepenuhnya untuk hidup di perantauan demi menuntut ilmu pengetahuan. Bahkan keiman- an yang kental kepada Allah s.w.t. membuktikan kehebatan beliau sehingga mampu untuk menjaga dan memelihara adab-adab Islam walaupun dikelilingi dengan pelbagai pengaruh buruk masya- rakat barat. Beliau telah lahir sebagai graduan universiti tersebut pada tahun 1937 manakala pada tahun berikutnya, Syeikh Abdul Halim telah mula mengambil Ph.D. Antara cabaran terbesar yang ter-paksa dihadapi oleh beliau ialah kecenderungan orientalis-orientalis di sana yang amat kuat menentang Islam.

Tidak cukup dengan itu, kecekalan beliau ter-uji lagi dengan peperangan yang telah meletus. Penyelia beliau, Masignon telah meninggalkan beliau keseorangan ketika fasa terakhir Ph.Dnya untuk pergi berjuang menentang Jerman. Namun, tragedi buruk ini tidak mampu untuk melunturkan semangat beliau. Beliau tetap menumpukan pelajarannya dan telah berjaya memperoleh ijazah Ph.D pada tahun 1940 melalui tesis beliau yang berkait dengan Tasawuf Islam. Topik yang dibawa ialah peribadi al-Harith bin Asad al-Muhasibi. Kesannya, gaya hidup dan keperibadian beliau banyak dipengaruhi oleh tokoh sufi yang ulung ini.

Suasana perang ketika itu menyebabkan beliau terputus hubungan dengan negaranya. Kesukaran hidup yang dialami oleh beliau terubat apabila takdir menentukan pihak universiti mengarahkan agar tesis kajian beliau dicetak untuk menyara kehidupannya. Ini merupakan satu penghormatan yang jarang berlaku.
Beliau telah berusaha untuk kembali ke tanah air. Akan tetapi jalan-jalan masuk ke Mesir telah ditutup menyebabkan beliau terpaksa berpindah randah selama setahun untuk pulang ke negaranya.

Memulakan kerjaya

Syeikh Abdul Halim telah memulakan sesi pengajarannya sebagai profesor di Fakulti Bahasa Arab. Kemudian dipindahkan ke Fakulti Usuluddin pada tahun 1951. Pada tahun 1964 pula, dilantik menjadi dekan di fakulti tersebut. Pada waktu itu, beliau telah mewajibkan anak-anak muridnya menghafaz al-Qur’an. Syeikh Abdul Halim terkenal sebagai seorang intelek Islam yang mempunyai ilmu yang amat luas. Jiwanya yang lembut lebih cenderung ke arah sufi dan zuhud.

Ujian

Pada awal tahun 1960an, gelombang anti al-Azhar telah menguasai media Mesir. Gelombang ini telah sampai ke kemuncaknya apabila seorang Pegawai Tinggi Kerajaan Mesir bertindak mem-fitnah al-Azhar. Sebagai tindakbalas, Syeikh Abdul Halim terus berhenti memakai pakaian Eropah dan mengantikannya dengan pakaian al-Azhar. Beliau juga mengarahkan agar rakan-rakannya untuk bertindak sedemikian.Beliau tahu bahawa gelombang ini ialah kesinambungan dari pada kebencian Eropah terhadap Islam. Detik-detik itu juga telah menyaksikan penulis-penulis sosialis menyerang sejumlah besar ulama al-Azhar di dalam akhbar-akhbar mereka. Bahkan, Syeikh Abdul Halim sendiri tidak terkecuali.

Usaha-usaha yang dijalankan

Syeikh Abdul Halim memainkan peranan yang besar dalam membentuk semula undang-undang al-Azhar (1961). Beliau ingin
mengembalikan autoriti Syeikhul Azhar dan menyinarkan kembali kegemilangan al-Azhar. Beliau telah berjaya dalam usaha tersebut dan disambut gembira oleh rakan-rakan Azhari.

Pada tahun 1969, Syeikh Abdul Halim telah dilantik menjadi Setiausaha Agung Majma’ al-Buhuth al-Islamiyyah. Beliau telah mencurahkan jasa yang besar dan bermakna ketika bertugas di situ. Jihad beliau bukan hanya melalui khutbah dan syarahan semata-mata, malah beliau telah melakukan pembaharuan dengan membentuk beberapa jawatankuasa dalam usaha untuk menggiatkan dakwah Islam. Antaranya:
1.    Jawatankuasa Kajian al-Qur’an: menjalankan usaha menyiapkan tafsir al-Qur’an secara ringkas bagi menjelaskan makna ayat-ayat suci al-Qur’an.
2.    Jawatankuasa Sunnah Nabawi: menyediakan Ensiklopedia al-Hadis.
3.    Jawatankuasa Masjid al-Aqsa: menghimpunkan idea dan setiap perkara yang berfaedah dalam menangani isu Palestin.
4.    Jawatankuasa Pengenalan Islam: bertindak menolak segala isu yang dibangkitkan dan dirancang oleh Kristian.
5.    Jawatankuasa Pembangunan Warisan Islam: bertugas meneroka  dan menghidupkan
kitab-kitab warisan Islam (Turath Islami).
6.    Jawatankuasa Kajian Ilmu Fiqh: bertugas menghadapi segala bentuk pembaharuan yang berlaku mengikut peredaran zaman.
7.    Jawatankuasa Ketamadunan dan Kemasyarakatan Islam: mengkaji Dunia Islam dan menjelaskan segala faedah yang tersurat dan tersirat.
8.    Jawatankuasa Akidah dan Falsafah: mengkaji segala cabaran atau penyelewangan yang berlaku di dalam ilmu akidah dan falsafah.
9.    Jawatankuasa Ruang Lingkup Maklumat Islam: mengendalikan ruang lingkup sesuatu maklumat mengikut cara Britain.

Muktamar yang telah berlangsung ketika beliau menjawat jawatan tersebut telah bersetuju agar sebidang tanah di Madinah Nasr dikhususkan untuk Bangunan Pejabat Urusan Majma’ al-Buhuth al-Islamiyah.

Seterusnya, beliau dilantik menjadi wakil al-Azhar pada tahun 1970. Pada tahun 1971 pula, beliau telah dilantik untuk memegang portfolio Menteri Waqaf Kerajaan Mesir. Ketika menjawat jawatan itu, beliau cukup mengambil berat tentang masalah yang berkaitan dengan masjid. Maka, beliau telah membina banyak masjid dan memper-baiki masjid-masjid yang bersejarah seperti Masjid ‘Amru Ibn al-‘As yang merupakan masjid tertua di Benua Afrika. Beliau telah menyerahkan urusan masjid tersebut kepada Syeikh Muhammad al-Ghazali. Beliau juga telah membuat kelas-kelas di masjid untuk pelajar-pelajar peringkat rendah dan menengah. Hasilnya, rancangan ini telah berjaya menarik ribuan pelajar untuk pergi ke masjid dan mengikat mereka dengan syiar agama Islam yang mulia.

Dilantik sebagai Syeikhul Azhar

 Pada 22 Safar 1393H bersamaan 27 Mac 1973M, Dr. Abdul Halim telah diamanahkan untuk memegang jawatan yang tertinggi di institusi ber- prestij al-Azhar sebagai Syeikhul Azhar. Beliau telah meletakkan satu objektif penting iaitu mengembalikan semula sejarah keagungan al-Azhar. Akan tetapi, pada 17 Jamadil Akhir 1394H bersamaan 7 Julai 1974M, undang-undang yang merendahkan kedudukan al-Azhar telah digubal.

Sebagai tindakbalas, beliau dengan segera menuntut agar undang-undang itu dibatalkan memandangkan ianya menundukkan kehebatan al-Azhar sekaligus menghalang dakwah Islam daripada disebarkan ke Mesir dan seluruh negara Islam. Beliau terus berkeras agar undang-undang tersebut dibatalkan dan enggan pergi ke pejabatnya.
Disebabkan oleh pengaruh beliau yang sangat kuat terhadap al-Azhar dan masyarakat Islam, pihak pemerintah terpaksa akur lalu mem-batalkan undang-undang tersebut. Keputusannya, Syeikhul Azhar kekal sebagai al-Imam al-Akbar yang perlu dirujuk untuk memberikan pandangan dalam segala urusan agama dan diberikan urusan kepimpinan dalam semua urusan pelajaran agama dan bahasa Arab di al-Azhar. Bahkan, Syeikh Abdul Halim kekal memegang jawatan sebagai Syeikhul Azhar.

Cabaran dan perjuangan

Banyak sekolah agama telah didirikan sewaktu beliau memegang jawatan ini. Beliau turut menggesa agar ditubuhkan pertubuhan-pertubuhan Islam. Beliau  juga telah menyeru agar semua harta waqaf al-Azhar dikembalikan semula haknya agar pihak al-Azhar dapat mem-bangunkan tugas dakwah dengan lebih sempurna dan teratur. Beliau sedar bahawa beliau ber-tanggungjawab terhadap semua urusan umat Islam.

Sebuah undang-undang berkaitan al-Ahwal as-Syakhsiah cuba dicadangkan oleh Dr. Aisyah tanpa merujuk kepada al-Azhar lalu dituntut pula agar diluluskan oleh Dewan Rakyat dengan segera. Undang-undang ini meletakkan syarat-syarat terhadap hak-hak seseorang suami yang bertentangan dengan prinsip-prinsip syariah Islam. Maka, beliau dengan segera menentang nya dan memberi amaran supaya berwaspada daripada terkeluar dari ajaran Islam. Beliau telah menulis surat dan menghantarnya kepada pihak yang bertanggungjawab, ahli-ahli Dewan Rakyat dan akhbar-akhbar. Hasilnya, beliau telah berjaya menghapuskan perancangan hina ini.

Menteri Pengajian dan Pendidikan ketika itu juga meminta pendapat beliau berkenaan cadang-an Baba Shinodah, Ketua Kristian Ortodoks Mesir agar ditulis buku secara bersama untuk dijadikan silibus pelajaran untuk seluruh pelajar Islam dan Kristian dengan alasan kesatuan dan merapatkan hubungan mereka. Malah sebahagian pihak turut bersetuju dengan cadangan ini. Maka, beliau dengan perasaan yang sangat marah dengan lantang menegaskan agar ia dibatalkan. Menteri tersebut tidak dapat berbuat apa-apa melainkan redha dengan kemarahan beliau lalu berkata, “Tidaklah saya datang melainkan semata-mata  untuk meminta pendapat tuan dan mengetahui hukum agama. Maka apabila tuan menegaskan pembatalannya, maka saya juga secara langsung menegaskan pembatalannya selepas tuan.”

Pada awal 70an, ideologi komunisme semakin popular dan telah menular di kalangan intelektual dan masyarakat pelajar. Maka, Syeikh Abdul Halim telah menulis buku-buku dan risalah yang panjang yang memberi amaran kepada umat Islam supaya berhati-hati dan berjuang bersungguh -bersungguh untuk membendung ideologi kufur tersebut.

Pada tahun 1975, Pasukan Keselamatan Mesir telah dikejutkan dengan sebuah kumpulan peng-  ganas yang dikenali dengan at-Takfir wa al-Hirah selepas daripada peristiwa pembunuhan Menteri Waqaf, Syeikh al-Dhahabi. Maka, Syeikh Abdul Halim telah diarahkan oleh para hakim untuk mem-berikan pandangan al-Azhar dan diisyaratkan agar berfatwa bahawa anggota kumpulan tersebut telah murtad. Walaupun berbeza pendirian dengan kumpulan tersebut, beliau enggan menerima arahan yang memaksa beliau berfatwa sedemikian melain kan setelah beliau mempertimbangkan terlebih dahulu pegangan kumpulan tersebut. Akibatnya, pendirian ini menyebabkan beliau dan al-Azhar seluruhnya diserang teruk oleh media.

Syeikh Abdul Halim prihatin dalam setiap urusan yang melibatkan halal dan haram. Pada waktu itu, terdapat sekumpulan pekerja Syarikat Penerbangan Egypt Air yang enggan bekerja dalam sebarang urusan yang melibatkan arak. Walau bagaimanapun, para pegawai syarikat tersebut tidak mahu mengalah dan para pekerja tidak ada tempat untuk mengadu melainkan kepada Syeikh Abdul Halim. Maka beliau dengan pantas dan tegas menjawab isu tersebut lantas menghantar surat yang bertulis kalam Sayidina Rasulillah s.a.w.:
(لا طاعة لمخلوق في معصية الخالق)
“Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat kepada Allah s.w.t.”

Antara seruan beliau yang terhebat ialah seruan secara terbuka ke arah bersegera melaksana kan syariat Islam. Beliau menyeru golongan pemerintah dengan berkata, “Sesungguhnya telah tiba masanya untuk memberi minum sepuas-puasnya kepada kerinduan yang sedang haus di dalam hati dengan meletakkan syariat Allah s.w.t. di kedudukannya yang hakiki supaya Allah s.w.t. menggantikan kesusahan kita dengan kemudahan dan menggantikan ketakutan kita dengan keamanan.”

Beliau telah menubuhkan jawatankuasa yang dianggotai oleh para ulama al-Azhar untuk mem-berikan penerangan secara terperinci tentang isu penting ini. Jawatankuasa tersebut telah diketuai oleh beliau sendiri walaupun dalam keadaan kesihatannya yang semakin merosot sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital.

Syeikh Abdul Halim juga aktif dalam usaha mengadakan perdamaian antara negara-negara Arab yang bermusuhan. Beliau juga merupakan seorang penulis yang amat berani menyatakan kebenaran tanpa rasa takut untuk dilucutkan jawatan. Beliau telah menulis lebih daripada 60 buah buku. Antara hasil penulisan beliau ialah:
·         Al-Islam wa Syuyu’iyyah
·         Jihaduna al-Muqaddas
·         Al-Iman
·         At-Tasawwuf ‘Inda Ibnu Sina
·         Falsafah Ibnu Tufail
·         At-Tasawwuf al-Islami
·         Al-Harith Ibnu Asad al-Muhasibi
·         Al-Falsafah al-Yunaniah
·         Dalailun Nubuwah wa Mu’jizat ar-Rasul
·         Al-Madrasah as-Syaziliyyah al-Hadithah Wa Imamuha Abu al-Hasan as-Syazili.

Beliau lebih cenderung untuk hidup di dalam suasana zuhud dan berkhidmat semata-mata kerana Islam. Syeikh Abdul Halim Mahmud terkenal dengan peribadinya yang tenang dan sabar tetapi serius. Jiwanya tidak pernah kenal erti takut. Lidahnya tidak pernah gentar menyatakan kebenaran.

Kembali kerahmatuLlah

Syeikh Abdul Halim telah menghembuskan nafas yang terakhir pada hari Selasa,15 Zulqaedah 1397H bersamaan 17 Oktober 1978M dengan meninggalkan jasa yang teramat besar di dalam dunia Islam. Ketokohan beliau dalam dakwah dan keberaniaan beliau dalam memasti- kan agar syariat Allah sentiasa terpelihara tidak dapat dinafikan. Pemergian beliau telah mening-galkan kesan yang amat mendalam di hati sanubari seluruh umat Islam. Akhbar Shoutul Azhar yang diterbitkan seminggu sekali menyediakan ruangan khas menyiarkan hasil tulisan beliau yang merupakan  warisan ilmu yang tidak ternilai harganya.

Syeikhul Islam Prof. Dr. Abdul Halim Mahmud merupakan satu mutiara yang sangat berharga, tiada bandingan seumpamanya, menjadi kecintaan seluruh umat Islam. Semoga Allah Yang Maha Suci, mencucuri roh beliau dengan rahmat dan limpahan kasih sayangNya, sebagaiman jiwa asy-Syeikh terus-menerus hidup dengan mencintai Allah s.w.t. dan menempatkan beliau bersama-sama para nabi, syuhada’ dan solihien.















































SYEIKH DR ALI JUMUA'H

5:35 AM By Amien Ashbahani

PROFESSOR DR. ALI JUMUA’H
Mufti Republik Arab Mesir 

Pengenalan

Ramai pelajar yang meminati dan  melazimi majlis pengajiannya. Di mana sahaja beliau berada orang akan mengerumuni untuk mendapat kan nasihat dan bertanya pendapat berkenaan masalah-masalah fiqh. Baga kan sebutir lampu yang bersinar terang, manusia mengelilinginya untuk mendapatkan cahaya buat menyuluh kegelapan.
Beliau yang dimaksudkan ialah Fadhilatul Syeikh al-Allamah Nuruddin Professor Dr. Ali Juma’ah asy-Syafi’e. Begitulah gelaran yang diberi menggambar-kan sanjungan yang tinggi daripada penduduk Mesir kepadanya. Kepetahan berhujah dan kekemasan bahasa yang diguna dalam menyam -paikan ilmu, memukau semua audiens yang mendengar. Butir kata yang bernas disertai gaya bahasa tubuh (body language), makin menambah- kan kehebatan dan penampilannya di hadapan kawan serta lawan.

Latarbelakang

Fadhilatul Syeikh Dr. Ali Juma’ah merupakan mufti Republik Arab Mesir sekarang. Nama penuh beliau ialah Ali Juma’ah Muhammad Abdul Wahab dan telah dilahirkan di muhafazah Bani Suwaif Mesir, tanggal 3 Mac 1953.
Hasil perkongsian hidup dengan isteri ter-sayang, lahirlah tiga orang puteri penyeri rumah tangga. Kesemuanya kini sudah berkahwin dan masing-masing telah pun dikurniakan cahaya mata.

Pencapaian Akademik

Prof. Dr. Ali Juma’ah merupakan tokoh cendekiawan yang cukup berpotensi dan mem-punyai prestasi akademik yang sangat mantap.
Apabila beliau mendapat B.A. (Bachelor of Arts atau Sarjana Muda Sastera) dalam bidang Perniagaan di Universiti ‘Ain Syams pada tahun 1973,  beliau berhasil pula meraih B.A. dari Kuliah Dirasat Islamiah wal Arabiah, Universiti al-Azhar pada tahun 1979. Kemudian, menyambung lagi pengajian di peringkat M.A. dalam bidang Usul Fiqh di Kuliah Syariah wal Qanun, Universiti al-Azhar pada tahun 1985 dan berjaya mendapat pangkat Mumtaz. Tiga tahun berikutnya iaitu pada 1988, di kuliah dan universiti yang sama, beliau berjaya mendapat Ph.D dalam bidang Usul Fiqh dengan pangkat Mumtaz Syaraf Ula.
Kerjaya

Melihat kepada keunggulan syakhsiyah dan pencapaian akademik yang cemerlang, Professor Dr. Ali Juma’ah telah dilantik oleh berbagai-bagai pihak untuk memegang pelbagai jawatan. Antara nya jawatan sebagai mufti Mesir yang disandang sejak tahun 2003 hingga sekarang. Selain daripada itu, beliau yang merupakan tenaga pengajar dalam bidang Usul Fiqh di Kuliah Dirasat Islamiah wal Arabiah, Universiti al-Azhar cawangan Kaherah, juga adalah anggota kepada Majma’ Buhus Islamiah sejak tahun 2004 hingga sekarang.
Jawatan beliau tidak terbatas di dalam negara sahaja tetapi juga di luar negara. Di samping pernah menjadi penasihat kepada Menteri Waqaf Mesir dari tahun 1998 hingga 2003, Prof. Dr. Ali Juma’ah merupakan ahli majlis Fatwa Utara Amerika dan ahli majlis Fiqh Islam di India. Beliau juga adalah anggota Majlis Fatwa al-Azhar dari tahun 1995 hingga 1997.
Antara jawatan yang telah dan masih beliau pegang ialah sebagai Perunding Syari’ah kepada banyak bank dan syarikat kewangan. Menjadi penasihat pelbagai pertubuhan akademik, ekonomi, kebajikan, fatwa di Mesir dan seluruh dunia.

Kegiatan ilmu

Fadhilatul Syeikh merupakan antara orang yang bertanggungjawab menghidupkan kembali majlis-majlis ilmu dan pengajian di masjid al-Azhar sekitar tahun 1990an. Berkat usaha dan kesungguh-annya, terlaksanalah pengajian dalam pelbagai subjek di masjid tersebut yang diajar oleh tenaga-tenaga pengajar yang berkredibiliti secara percuma, sedang beliau sendiri berperanan menyampaikan kuliah agama dan mengajar kitab-kitab thurath.
Beliau juga menyampaikan khutbah dan pengajian Fiqh Syafi’e secara tetap di masjid Sultan Hassan, Kaherah semenjak tahun 1998 hingga sekarang. Selain turut menerima undangan untuk menyampaikan pengajian agama kepada Yang Mulia Raja Maghribi pada setiap tahun, beliau telah terlibat sama dalam mengasas dan menyusun sistem pengajian di Kuliah Syari’ah Amman, Jordan sehingga membawa kepada penubuhan kuliah tersebut.
Jasa Prof. Dr. Ali Juma’ah dalam kegiatan ilmu tidak terhenti setakat itu sahaja, beliau turut menyumbang dalam menyusun sistem pengajian Universiti Ilmu-ilmu Islam dan Kemasyarakatan (SISS) di Washington. Beliau turut bekerjasama dengan Majma’ Bahasa Arab dalam mengeluarkan ensiklopedia istilah-istilah ilmu Usul, pernah dilantik untuk menjadi musyrif kehormat di cawangan Universiti Oxford dalam bidang Pengajian Islam & Bahasa Arab dan di cawangan Universiti Harvard, Mesir dalam bidang Pengajian Timur.
Tokoh ulama yang disegani ini sememangnya mendapat perhatian seluruh dunia termasuk Malay-sia. Ini terbukti apabila beliau sering diundang untuk memberi syarahan di Universiti Islam Antara -bangsa (UIA), Kuala Lumpur serta diminta mem-beri khidmat nasihat kepada tenaga-tenaga pengajar di universiti tersebut dalam kursus untuk meningkat kan mutu pengajaran mereka.  
Beliau juga telah melawat lebih daripada 20 negara untuk menyampaikan syarahan dan meng-hadiri pelbagai seminar di seluruh dunia serta sering diundang sebagai pengisi slot untuk siaran televisyen dan radio Mesir atau antarabangsa.

Karangan-karangan

Fadhilatul Syeikh telah menulis banyak buku dan karangan yang bermanfaat, terutamanya dalam pengajian Syariah dan khususnya dalam bidang Usul Fiqh.
1-  Di antara karya beliau ialah:
  1. Hukum Syarak di sisi Ulama Usul                                   ( الحكم الشرعى عند الأصوليين)
  2. Hubungan Usul Fiqh dan Falsafah         (علاقة أصول الفقه بالفلسفة)
  3. Imam Bukhari r.a  (الإمام البخارى)
  4. Imam Syafie dan Institusi Pengajian Fiqh (الإمام الشافعى ومدرسته الفقهية)
  5. Perbincangan berkenaan ‘Perintah’ di sisi Ulama Usul-(مباحث الأمر عند الأصوليين)
  6. Pembaharuan dalam Usul Fiqh
(قضية تجديد أصول الفقه)
  1. Nasakh di sisi Ulama Usul
(النسخ عند الأصوليين)
  1. Pengenalan untuk Pengajian Syariah  Islam- (المدخل لدراسة الشريعة الإسلامية)
  2. Mimpi dan Penghujahannya di sisi Ulama Usul- (الرؤيا وحجيته عند الأصوليين)
  3. Kelengkapan untuk Berijtihad
الإجتهاد) (آليات
  1. Ijmak di sisi Ulama Usul
(الإجماع عند الأصوليين)
  1. Timbangan dan Sukatan Syari’e
 (المكاييل والموازين الشرعية)
2-  Sementara buku-buku terbaru beliau ialah:
      i.  Fatwa-fatwa Semasa-(فتاوى عصرية)        
     ii. Pemudah Cara Bagi Menerangkan Ibadah       Haji-(تيسير النهج فى شرح مناسك الحج) 
     iii. Keterangan yang Jelas untuk Membetul kan Beberapa Kefahaman
          (البيان القويم فى تصحيح بعض المفاهيم)
     iv. Keterangan Bagi Perkara yang    Mengusutkan Pemikiran
               (البيان لما يشغل الأذذهان)                              
3-  Antara kitab-kitab yang telah beliau tahqiq;
  1. Riadhus Solihin, Imam Nawawi, cetakan Dar al-Kitab al-Lubnani
  2. Jauharah Tauhid, Imam Bajuri, cetakan Dar as-Salam
  3. Syarah Alfiah as-Sirah oleh Ajhuri, cetakan Majlis A’la
  4. Al-Furuq karangan al-Qarafi, cetakan Dar as-Salam
  5. At-Tahdid fi Muqaranat Fiqh al-Hanafi wa asy-Syafie oleh al-Qaduri

Bahas-bahas dan Artikel
 
Profesor Dr. Ali Juma’ah telah menghasilkan banyak penulisan ilmiah yang merangkumi pel-bagai bidang ilmu dan dimuatkan dalam majalah-majalah di Mesir sendiri atau luar negara serta banyak menyumbangkan artikel untuk akhbar Mesir dan antarabangsa dalam multi tajuk yang menarik dan berfaedah. Dalam masa yang sama, beliau turut memegang banyak jawatan sebagai redaksi dan menjadi editor beberapa buah majalah terkenal.

Mufti dan Darul Ifta’

Pejabat beliau sekarang adalah di tingkat dua, bangunan Darul Ifta’ al-Misriah, Kaherah. Beliau sering dilawati bukan sahaja oleh rombongan pelajar dan tetamu dari dalam dan luar negara sama ada sebagai wakil badan akademik, sosial, politik, ekonomi atau wakil-wakil kerajaan untuk bertanya kan fatwa di samping mendapatkan penjelasan ber-kenaan beberapa isu seputar dunia Islam, bahkan orang bukan Islam dari luar Mesir juga tidak ketinggalan berkunjung demi mendengar syarahan dan mendekati Islam daripada mufti sendiri.
Prof. Dr Ali Juma’ah telah melakukan pem- baharuan yang drastik di Darul Ifta’ dari segi mem-pertingkatkan kecanggihan sistem pertanyaan fatwa menggunakan Sistem Teknologi Maklumat (IT) dengan mengemaskinikan laman-laman web fatwa dan meramaikan pegawai-pegawai fatwa bagi memudahkan segala urusan berkaitan.
Beliau juga telah menyusun sistem pengajian dan kursus fatwa untuk pelajar-pelajar asing di Darul Ifta’ sebagai latihan kepada mereka yang akan pulang menjadi dai’e di negara masing-masing.

Guru dan Penuntut Ilmu
  
Professor yang berkaliber ini telah berguru dengan ramai masyayikh terkenal di dunia Arab. Di antaranya ialah Asy-Syeikh al-Allamah al-Muhaddis Abdullah Siddiq al-Ghumari r.a, ‘musnidul dunia’ Syeikh Yasin al-Fadani dan ramai lagi. Bukan itu sahaja, beliau juga berjaya melahir kan ramai anak murid yang berkemampuan dalam bidang ilmu untuk meneruskan kesinambungan perjuangannya.
Dr. Ali Juma’ah sedikitpun tidak lokek untuk memberi nasihat kepada penuntut-penuntut ilmu lebih-lebih lagi bagi yang mengikuti pengajiannya. Bahkan beliau sering menghadiahkan mereka buku-buku yang berharga. Setelah selesai pengajian sering diulangnya kata-kata hikmah "حياة العلم المذاكرة"  yang bermaksud; ‘Hidupnya ilmu itu dengan mengulangkaji’.
    
Semoga Allah Taala membalas segala pengorbanan dan jasa beliau dengan sebaik-baik ganjaran dan beliau akan terus menjadi gedung untuk melahirkan generasi ilmuwan di masa hadapan… Amin.