:: Kelebihan Solat Dhuha ::

Wednesday, May 8, 2013 6:12 AM By Amien Ashbahani


لا يحافظ على صلاة الضحى إلا الأواب وهي صلاة الأوابين

Tidaklah yg menjaga solat Dhuha melainkan org Awwab(orang yang bertaubat), solat Dhuha itulah solat Awwabin.

diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah dan al-Hakim, dinilai hasan oleh al-Albani.

عن أبي هريرة؛ قال : أوصاني خليلي صلى الله عليه وسلم بثلاث: بصيام ثلاثة أيام من كل شهر. وركعتي الضحى. وأن أوتر قبل أن أرقد.

Dari Abu Hurairah, ia berkata : Kekasihku (Nabi) shallallaahu ‘alaihi wa sallam telah berwasiat kepadaku tentang tiga hal : puasa tiga hari dalam setiap bulan, dua raka’at di waktu Dluha, dan agar aku melakukan witir sebelum tidur

Diriwayatkan oleh Al-Bukhaariy no. 1178 & 1981 dan Muslim no. 721.

Berkata al-Allamah Syeikh Ibnu Baz;

Solat Dhuha adalah solat sunat muakad yang dilakukan setiap hari, sesiapa yang mengatakan ianya bidaah & hanya dilakukan kadang-kadang ia silap. Yang betulnya adalah sunnah dilakukan setiap hari & afdal solaat dhuha dirumah. paling kurang 2 rakaat, jika dilakukan 4 atau 6 atau 8 atau banyak semuanya itu baek.

Waktunya pula;
Selepas terbit matahari di kaki langit sehingga ia hampir-hampir tegak di dada langit.

Paling afdal dilakukan ketika matahari telah panas terik kerana Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

صلاة الأوابين إذا رمضت الفصال

Solat Awwabin ialah ketika anak-anak unta berasa kepanasan (Riwayat Muslim).

~semoga Allah berikan kekuatan kepada kite melakukan sunnah yang besar ini~

0 comments:

Post a Comment