Adab Sesama Ulama.

Friday, May 16, 2014 10:15 PM By Amien Ashbahani

Cerita ini dari Syeikhuna Muhammad Hassan al Misri, kisah apabila tiga ulama besar bertemu ketika musim haji di Mina.

Tiga ulama besar itu adalah Syeikh Abdul Aziz Ibnu Baz, Syeikh Soleh Ibnu Uthaimin dan Syeikh Al Albani(semoga Allah merahmati mereka)

Didalam musim haji pada tahun tersebut dan ianya merupakan haji terakhir Syeikh Al Albani, mereka berada dalam suatu majlis ilmu. Majlis ilmu ini diketuai oleh Syeikh Ibnu Baz, segala soalan yang dilontarkan jamaah akan diberikan pada Syeikh Ibnu Baz kemudian beliau bahagikannya, persoalan mengenai hadis diberikan kepada Syeikh al Albani, persoalan mengenai feqah diberikan kepada Syeikh Soleh Uthaimin & yang berkaitan aqidah dijawab oleh beliau sendiri.

Apabila masuk waktu zohor, para jemaah tertanya tanya siapakah yang akan mengimamkan solat diantara 3 ulama besar ini.

Lalu Syeikh Abdul Aziz Ibnu Baz menolak Syeikh Al Albani agar kehadapan mengimamkan solat sambil berkata:

Silalah kehadapan Abu Abdul Rahman( Kunyah Syeikh Al Albani) kamu Imam Kami.

Syeikh Al Albani menolak lalu membalas: tidak...tidak..kamu guru kami.

Syeikh Ibnu Baz lalu membalas: kita semua sama pada hafalan Quran tetapi kamu melebihi kami pada hadis Rasulullah SAW. Silalah kehadapan Abu Abdul Rahman...

Lalu Syeikh Al Albani kehadapan untuk mengimamkan solat, kemudian berpaling kepada Syeikh Ibnu Baz kemudian beliau bertanya:

Wahai guruku, adakah kamu mahu aku solat dengan solat Rasulullah SAW atau aku ringankannya?

Jawab Syeikh Ibnu Baz:

Solatlah bersama kami dengan solag Rasulullah SAW, ajarkan kami solat Rasulullah SAW wahai guruku...

Lihatlah adab sesama ulama....

ﻓﻤﺎ ﺃﺣﻮﺟﻨﺎ ﺇﻟﻰ ﺃﻥ ﻧﺘﺄﺳﻰ ﺑﻬﺆﻻﺀِ ﺍﻷﻓﺎﺿﻞ ، ﻭ ﻧﺴﻴﺮ ﻋﻠﻰ
ﺩﺭﺑﻬﻢ ﻓﻰ ﺍﻷﺩﺏِ . . . ﻭ ﺍﻟﺨﻠﻖِ . . . ﻭ ﺍﻟﺘﻮﺍﺿﻊِ ﻓﻴﻤﺎ
ﺑﻴﻨﻬﻢ

0 comments:

Post a Comment