KITA TELAH BERADA DI PERTENGAHAN RAMADAN

Thursday, March 5, 2026 7:53 PM By Amien Ashbahani

Tanpa kita sedari, Ramadan telah memasuki pertengahannya. Beberapa hari lagi kita akan melangkah ke fasa terakhir Ramadan, iaitu sepuluh malam yang paling utama dan paling mulia dalam bulan ini.

Rasulullah ﷺ bersabda:

تَحَرَّوْا لَيْلَةَ القَدْرِ في الوِتْرِ مِنَ العَشْرِ الأوَاخِرِ مِن رَمَضَانَ.

“Carilah Lailatul Qadr pada malam-malam ganjil daripada sepuluh malam terakhir Ramadan.”
(Hadis riwayat al-Bukhari)

Mengapa kita perlu mencarinya?

  1. Lailatul Qadr lebih baik daripada 1000 bulan – bersamaan lebih 83 tahun ibadah.

  2. Malam turunnya rahmat dan pengampunan Allah.

  3. Malam diturunkan al-Quran, sumber hidayah kepada manusia.

  4. Amalan pada malam tersebut dilipatgandakan pahalanya.

  5. Para malaikat turun membawa keberkatan hingga terbit fajar.

Apa yang boleh kita lakukan pada malam-malam tersebut?

• Perbanyakkan solat malam (qiyamullail / tahajjud)
• Membaca dan mentadabbur al-Quran
• Memperbanyakkan istighfar dan zikir
• Bersedekah dan melakukan kebaikan
• Membaca doa yang diajar oleh Nabi ﷺ:

اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني
“Ya Allah, Engkau Maha Pemaaf dan menyukai kemaafan, maka maafkanlah aku.”

Semoga Allah mempertemukan kita dengan Lailatul Qadr dan menerima segala amalan kita dalam Ramadan ini.

Jangan biarkan sepuluh malam terakhir berlalu tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.

Perbincangan Mengenai Rejab

Saturday, May 17, 2014 5:07 AM By Amien Ashbahani

Setiap kali datangnya bulan Rejab, pasti perbincangan mengenai hadis hadis daif hangat kembali. kite sebagai penuntut ilmu usahlah sempitkan dada dan cepat menuduh. Jadikanlah apa yang berlaku ini peluang untuk kite menambah ilmu dan mencari kebenaran.

Para ulama telah banyak membincangan mengenai hadis daif ini, dari segi pentakrifannya, pecahannya dan pelbagai lagi. Antara yang menjadi perbincagan mereka juga hukum meriwayatkan hadis hadis yang daif ini.

Para ulama telah bersepakat melarang meriwayatkan hadis palsu melainkan dengan menjelaskan kepalsuannya tetapi mereka berselisih kepada dua pandangan apa masalah meriwayatkan hadis yang daif.

Golongan Yang Pertama:

Tidak boleh meriwayatkan hadis daif kecuali dengan menjelaskan kedaifannya serta hendaklah kite syadid pada masalah sanadnya baik pada perkara galakkan,ancaman dan lebih lebih lagi pada masalah berkait aqidah, halal dan haram.

Golongan Yang Kedua.

Buleh meriwayatkan tanpa menjelaskan kedaifan pada masalah yamg berkaitan galakan,ancam dan tidak pada masalah berkait aqidah, halal dan haram.

Golongan ini berkata pada masalah ini:

اذا روينا في الحلال والحرام شددنا واذا روينا في الفضائل ونحوها تساهلنا.

Apabila kami meriwayatkan pada perkara halal dan haram kami syadidkan, dan apabila kami riwayatkan pada fadoil amal kami mudahkan.

Inilah dua pandagan pada hukum meriwayatkan hadis yang daif. Pandangan pertama lebih rajih terutama dizaman yang penuh fitnah ini ramai menyebarkan hadis hadis palsu dan daif yang terlalu teruk.

Kata al Allamah Syeikh Ahmad Syakir:

Aku melihat wajib pada menerangkan kedaifan sesuatu hadis dalam semua keadaan kerana ketiadaan pada menerangkannya buleh meragukan orang ramai bahwa ianya hadis soheh lebih lebih lagi hadis itu dibawa oleh ulama yang perkataan mereka dijadikan rujukan.

Memperjuangankan kesucian ilmu hadis, adalah keja amar makruf nahi munkar. Kita tak mahu agama islam dirosakkan dengan golongan yang tidak bertanggujawab menisbahkan sesuatu yang tidak disebut oleh Junjungan Besar Baginda Nabi SAW, maka berhati hati dalam masalah ini.

Imam Yahya bin Yahya berkata:

ﺍﻟﺬَّﺏُّ ﻋَﻦِ ﺍﻟﺴُّﻨَّﺔِ ﺃَﻓْﻀَﻞُ ﻣِﻦَ ﺍﻟْﺠِﻬَﺎﺩ
ِ
Membela sunnah lebih utama daripada jihad.

Dakwaan kemunculan Roh Nabi SAW.

Friday, May 16, 2014 10:17 PM By Amien Ashbahani

فظهور روح النبي صلى الله عليه وسلم للولي وجعل ذلك من الكرامات،

Kemunculan roh Nabi SAW untuk para wali dan menjadikan perkara ini sebagai karamah mereka.
أمر لا أصل له في الشرع،

Adalah suatu perkara yang tiada asas didalam syarak.

سادة الأولياء هم أبو بكر وعمر وعثمان وعلي والعشرة المبشرون وأهل بدر وأهل بيعة الرضوان،

Tokoh tokoh besar para wali Allah adalah Abu Bakar, Umar,Uthman,Ali, 10 sahabat yang dijanjikan syurga, ahli badar dan ahli baiah al ridhwan.

ولم ينقل عن واحد منهم حرف واحد في ظهور روح النبي صلى الله عليه وسلم له، ولا اجتماعه به بعد وفاته،

tidak dinakalkan dari mereka walaupon satu perkataan pada menyatakan kemuncunlan roh Nabi SAW ataupon perhimponan mereka bersama roh Nabi selepas kewafatan Baginda SAW.

إلا أن تكون رؤيا منام، فهذا لا نزاع في إمكانه وحصوله لبعض الناس،

Kecuali yang berlaku hanya mimpi bertemu dengan Baginda SAW, dan perkara ini tidak menjadi pertingkaian lagi.

كما قال النبي صلى الله عليه وسلم: "من رآني في المنام فكأنما رآني في اليقظة"، وفي رواية: "فقد رأى الحق"، وفي أخرى: "فإن الشيطان لا يتمثل بي" الحديث رواه البخاري ومسلم وغيرهما.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW:

Siapa yang melihatku didalam mimpi, maka ia akan melihatku dalam keadaan sedar.

Didalam Riwayat yg lain pula,maka dia benar benar melihatku.

Dalam Riwayat lain juga,sesungguhnya syaitan tidak dapat menyerupai diriku.

Hadis Riwayat Bukhari,Muslim dan selain mereka.

وما يعتقده بعض الجهال من حضور النبي صلى الله عليه وسلم إلى اجتماعاتهم ومجالسهم، وقيامهم له، انحراف ظاهر،

Ape yang dipegangi oleh sebahagian orang sufi pada kehadiran Nabi SAW didalam perhimpunan dan majlis majlis mereka dan mereka berdiri untuk itu adalah suatu penyelewengan yang jelas.

وأعظم منه دعوى بعضهم رؤية النبي صلى الله عليه وسلم يقظة.

Dan lebih dahsyat daripada itu dakwaan sebahagian daripada mrk melihat Nabi SAW secara sedar.

فإن هذا خلاف الكتاب والسنة وإجماع الأمة،

Sesungguhnya perkara ini menyalahi al Quran, Sunnah dan Ijmak.

فإن الموتى إنما يخرجون من قبورهم يوم القيامة لا في الدنيا، كما قال تعالى: (ثم إنكم بعد ذلك لميتون ثم إنكم يوم القيامة تبعثون) [المؤمنون: 15، 16].

Kerna orang orang yang telah meninggal hanya akan keluar dari kubur kubur mereka dihari Kiamat kelak bukan semasa didunia ini.Sebagaimana firman Allah SWT:

ثُمَّ إِنَّكُمْ بَعْدَ ذَٰلِكَ لَمَيِّتُونَ

Kemudian, sesungguhnya kamu sesudah itu akan mati.

ثُمَّ إِنَّكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ تُبْعَثُونَ

Kemudian sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat.

ولو كان ثم أحد يمكن أن يجتمع بالنبي صلى الله عليه وسلم ليرشده أو يفتح بصيرته ـ

Sekiranya benar dakwaan mereka seseorang buleh berkumpul bersama Nabi SAW untuk menunjukan jalan yang bemar dan membuka basirahnya.

ـ لكان أولى الناس بذلك أصحابه، لا سيما في أوقات الشدة والمحن، كاختلافهم في القبلة، وتنازعهم في خلافة عثمان رضي الله عنه، وبعد في خلافة علي.

Adalah lebih terutama yang dapat bertemu dengan Baginda SAW adalah paea sahabatnya terutama waktu waktu runcing dan mehnah ujian menimpa mrk dalam perlingkahan semasa khilafah Saidina Uthman RA dan selapas khilafah Saidina Ali RA.

http://fatwa.islamweb.net/fatwa/index.php?page=showfatwa&Option=FatwaId&Id=4421

Syeikh Abdul Aziz Ibnu Baz pernah juga menjawab berkenaan dakwaan kemunculan roh Nabi SAW.

بعضهم يظن أن رسول الله صلى الله عليه وسلم يحضر المولد؛ ولهذا يقومون له محيين ومرحبين،

Sebahagian orang menyangka Rasullah SAW hadir didalam majlis selawat, kerna itulah mereka berdiri bagi menghormati dan menyambut Baginda SAW.

وهذا من أعظم الباطل وأقبح الجهل.

Perkara ini adalah kebatilan yang besar dan kejahilan yang jelek.

فإن الرسول صلى الله عليه وسلم لا يخرج من قبره قبل يوم القيامة، ولا يتصل بأحد من الناس، ولا يحضر اجتماعاتهم، بل هو مقيم في قبره إلى يوم القيامة، وروحه في أعلى عليين عند ربه في دار الكرامة،
Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak keluar dari maqam baginda sebelum datangnya kiamat,tidak berhubung dengan sesiapa pon dari kalangan manusia,tidak menghadiri majlis majlis mereka bahkan baginda berada didalam maqam Baginda sehingga hari Kiamat sebagaimana firman Allah SWT.

كما قال الله تعالى في سورة المؤمنون:}ثُمَّ إِنَّكُمْ بَعْدَ ذَلِكَ لَمَيِّتُونَ * ثُمَّ إِنَّكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ تُبْعَثُونَ{ ]المؤمنون:15- 16[

ثُمَّ إِنَّكُمْ بَعْدَ ذَٰلِكَ لَمَيِّتُونَ

Kemudian, sesungguhnya kamu sesudah itu akan mati.

ثُمَّ إِنَّكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ تُبْعَثُونَ

Kemudian sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat.

http://www.saaid.net/feraq/sufyah/30.htm

Syaikh Muhammad Soleh al-Uthaimin rahimahullah menjawab, Bantahan atas mereka ini mudah, iaitu Nabi SAW telah wafat tanpa syak berdasarkan firman ALLAH:

إِنَّكَ مَيِّتٌ وَإِنَّهُمْ مَيِّتُونَ

Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan mati, dan sesungguhnya mereka juga akan mati.

Surah Zumar 30.

Firman ALLAH:

وَمَا مُحَمَّدٌ إِلَّا رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِهِ الرُّسُلُ ۚ أَفَإِنْ مَاتَ أَوْ قُتِلَ انْقَلَبْتُمْ عَلَىٰ أَعْقَابِكُمْ ۚ وَمَنْ يَنْقَلِبْ عَلَىٰ عَقِبَيْهِ فَلَنْ يَضُرَّ اللَّهَ شَيْئًا ۗ وَسَيَجْزِي اللَّهُ الشَّاكِرِينَ

Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu).

Surah Ali Imran 144.

Wallahu A'lam.

Adab Sesama Ulama.

10:15 PM By Amien Ashbahani

Cerita ini dari Syeikhuna Muhammad Hassan al Misri, kisah apabila tiga ulama besar bertemu ketika musim haji di Mina.

Tiga ulama besar itu adalah Syeikh Abdul Aziz Ibnu Baz, Syeikh Soleh Ibnu Uthaimin dan Syeikh Al Albani(semoga Allah merahmati mereka)

Didalam musim haji pada tahun tersebut dan ianya merupakan haji terakhir Syeikh Al Albani, mereka berada dalam suatu majlis ilmu. Majlis ilmu ini diketuai oleh Syeikh Ibnu Baz, segala soalan yang dilontarkan jamaah akan diberikan pada Syeikh Ibnu Baz kemudian beliau bahagikannya, persoalan mengenai hadis diberikan kepada Syeikh al Albani, persoalan mengenai feqah diberikan kepada Syeikh Soleh Uthaimin & yang berkaitan aqidah dijawab oleh beliau sendiri.

Apabila masuk waktu zohor, para jemaah tertanya tanya siapakah yang akan mengimamkan solat diantara 3 ulama besar ini.

Lalu Syeikh Abdul Aziz Ibnu Baz menolak Syeikh Al Albani agar kehadapan mengimamkan solat sambil berkata:

Silalah kehadapan Abu Abdul Rahman( Kunyah Syeikh Al Albani) kamu Imam Kami.

Syeikh Al Albani menolak lalu membalas: tidak...tidak..kamu guru kami.

Syeikh Ibnu Baz lalu membalas: kita semua sama pada hafalan Quran tetapi kamu melebihi kami pada hadis Rasulullah SAW. Silalah kehadapan Abu Abdul Rahman...

Lalu Syeikh Al Albani kehadapan untuk mengimamkan solat, kemudian berpaling kepada Syeikh Ibnu Baz kemudian beliau bertanya:

Wahai guruku, adakah kamu mahu aku solat dengan solat Rasulullah SAW atau aku ringankannya?

Jawab Syeikh Ibnu Baz:

Solatlah bersama kami dengan solag Rasulullah SAW, ajarkan kami solat Rasulullah SAW wahai guruku...

Lihatlah adab sesama ulama....

ﻓﻤﺎ ﺃﺣﻮﺟﻨﺎ ﺇﻟﻰ ﺃﻥ ﻧﺘﺄﺳﻰ ﺑﻬﺆﻻﺀِ ﺍﻷﻓﺎﺿﻞ ، ﻭ ﻧﺴﻴﺮ ﻋﻠﻰ
ﺩﺭﺑﻬﻢ ﻓﻰ ﺍﻷﺩﺏِ . . . ﻭ ﺍﻟﺨﻠﻖِ . . . ﻭ ﺍﻟﺘﻮﺍﺿﻊِ ﻓﻴﻤﺎ
ﺑﻴﻨﻬﻢ

Kisah Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah DiPenjara.

2:28 PM By Amien Ashbahani

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah seorang alim besar,ahli ibadat dan mujahid yang berjuang dan tidak gentar dengan ugutan pemerintah. Sepanjang hayat beliau 7 kali dimasukkan kedalam penjara. beliau dipenjarakan krn menegakkan kalimah yg benar... Kerana menyuruh kpd yg makruf dan mencegah yg mungkar.

Murid Syeikhul Islam, Ibnu Qayyim al Jauziyyah berkata, beliau pernah dimasukkan penjara bersama sama dengan gurunya yang mulia itu, sebaik sahaja warden penjara mengunci pintu penjara beliau melihat Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah tersenyum. Lalu beliau bertanya wahai guruku, kenapa kamu tersenyum sedang kamu dipenjarakam secara zalim?

Jawab Syeikhul Islam kepada muridnya:

Aku teringatkan kepada firman Allah:

يَوْمَ يَقُولُ الْمُنَافِقُونَ وَالْمُنَافِقَاتُ لِلَّذِينَ آمَنُوا انْظُرُونَا نَقْتَبِسْ مِنْ نُورِكُمْ قِيلَ ارْجِعُوا وَرَاءَكُمْ فَالْتَمِسُوا نُورًا فَضُرِبَ بَيْنَهُمْ بِسُورٍ لَهُ بَابٌ بَاطِنُهُ فِيهِ الرَّحْمَةُ وَظَاهِرُهُ مِنْ قِبَلِهِ الْعَذَابُ

(Ingatlah) semasa orang-orang munafik, lelaki dan perempuan (yang sedang meraba-raba dalam gelap-gelita pada hari kiamat), berkata kepada orang-orang yang beriman: "Tunggulah kami, biarlah kami mengambil sedikit dari cahaya kamu". (Lalu) dikatakan (kepada mereka secara mengejek-ejek): "Baliklah kamu ke belakang, kemudian carilah cahaya (di sana)", serta diadakanlah di antara mereka (yang beriman dan yang munafik itu) sebuah tembok yang mempunyai pintu, di sebelah dalamnya mengandungi rahmat (Syurga dan nikmat), dan di sebelah luarnya, dari situ terdapat (neraka) dan azab seksa.

Manusia melihat penjara dr luarnya azab tetapi siapa tahu didalam penjara adalah rahmat dari allah taala.

Ibnu Qayyim juga pernah menaqalkan kalam Syeikhul Islam tentang ancaman yang dihadapi beliau:

syurga itu berada dalam hatiku. penjarakanlah aku, kurunglah aku, Seksekanlah ak!

Kamu tidak dapat keluarkan ak drpd kesenangan krn syurga dalam hatiku.penjara itu bagiku adalah tempat khulwah yang dpt beruzlah dr manusia dpt beribadah kpd allah taala, perbanyakkan zikir dan solat,setiap waktu di dalam penjara dapatku beribadah.

Kerna itulah...penjara sebenarnya satu tempat yang mulia... berapa banyak insan insan menjadi kekasih Allah bermula dari penjara...

Khazanah penulisan Syeikhul Islam yang beribu ribu dalam pelbagai cabang ilmu kebanyakannya ditulis ketika beliau didalam penjara.  Antara kitab yang ditulis didalam penjara adalah Himpunan Fatwa beliau yang mempunyai pelbagai masalah dibukukan dalam 26 jilid kesemuanya menjadi rujukan para ulama dan penuntut ilmu sehingga keharini.  Dan tidak sedikit mendapat master dan PHD kerna mengkaji karya agung ini.

Musuh musuh Syeikhul Islam dikalangan para ulama yang jahat dan pemerintah yang zalim tidak senang dengan penulisan penulisan beliau ini, akhirnya mereka merampas seluruh penulisannya serta alat alat tulis beliau yang menyebabkan beliau terpaksa menulis dinding penjara.

Setelah beliau dilarang menulis, beliau habiskan mase didalam penjara dengan membaca al Quran. Beliau mengkhatamkan 81 kali al Quran didalam penjara.

Allah memuliakan Syeikul Islam Ibnu Taimiyah, beliau wafat ketika membaca Al Quran.

Kata murid beliau, Ibnu Kathir Syeikhul Islam wafat ketika membaca ayat:

ﺇِﻥَّ ﺍﻟْﻤُﺘَّﻘِﻴﻦَ ﻓِﻲ ﺟَﻨَّﺎﺕٍ ﻭَﻧَﻬَﺮٍ ﴿٥٤﴾
ﻓِﻲ ﻣَﻘْﻌَﺪِ ﺻِﺪْﻕٍ ﻋِﻨﺪَ ﻣَﻠِﻴﻚٍ ﻣُّﻘْﺘَﺪِﺭٍ ﴿٥٥﴾

“Sesungguhnya orang-orang bertakwa itu di dalam taman-
taman dan sungai-sungai, di tempat yang disenangi di sisi
Tuhan Yang Berkuasa.”

Maka terangkatlah ruhnya menuju tuhanya.

Inilah Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah yang selalu dicerca para juhalak, hidup matinya demi agamanya yang benar...

Mati dalam keadaan dizalimi dipenjara mujrimin ketika membaca Kalam Allah yang Mulia!

Kisah Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah Didalam Peperangan.

2:25 PM By Amien Ashbahani , In

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah bukan sahaja hebat dalam bidang keilmuan bahkan beliau seorang mujahid yang berani dimedan perang. Banyak peperangan yang disertai beliau dalam menentang musuh musuh agama Islam.

Antaranya Perang Syaqhab Perang antara kaum muslimin dan Tatar, Ibn Taimiyah seorang ulama mujahid yang berani dan tidak pernah takut mati. Beliau adalah pembela setiap jengkal tanah umat Islam dari kezaliman musuh dengan pedangnya. Imam Muhammad bin al-Hadi menuturkan bagaimana keberanian Ibn Taimiyah bertempur dalam Perang Syaqhab yang masyur ini.

Al Imam Ibnu Kathir menyebut Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah memainkan peranan yang beaar dalam perang ini. Kata beliau ketika orang ramai bercakap tentang kedudukan golongan Tatar ini, siapakah mereka? Kerana mereka mengisytiharkan keislaman dan apakah hukum golongan jenis seperti mereka. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah  berkata: Mereka dari jenis Khawarij yang keluar menentang pemerintahan Saidina Ali dan Muawiyah!

Syeikhul Islam telah memberi semangat kepada kaum muslimin pada ketika itu berjihad menentang golongan Tatar ini...dengan semangat inilah telah membakar jiwa jwa kaum muslimin demi mempertahankan tanah air meraka dari Tatar.

Pada bulan Ramadhan ketika berlakunya perang Syakhab ini Syaikul Islam berucap dikhalayak memberi semangat untuk para tentera yang bersama beliau untuk melawan Tatar
beliau berkata: aku bersumpah dengan nama Allah tiada tuhan yang berhak melainkan Allah bahawa kita semua pada kali ini akan menang dan mengalahkan mereka!"

beliau menyebut lagi :

Insyaallah Tahqiqan(realiti) La Ta’liqan( bukan fantasi)

Datang sultan dan bertanya kepada beliau adakah dia (sultan) perlu turut sama bersama tentera
untuk melawan Tatar?

Maka beliau menjawab:
Sunnah yang diajar oleh Nabi ialah seorang lelaki itu berdiri teguh bersama bendera perang kaumnya.

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyaj juga memberi fatwa supaya para tentera tidak berpuasa pada hari tersebut supaya mereka menjadi kuat dalam medan peperangan dan itu lebih afdhal
dari mereka yang berpuasa. Hadirin yang mendengar merasa ragu-ragu untuk berbuka maka Syaikul Islam
mengambil makanan lantas memakannya di hadapan
tentera dan Amir.

Para tentera akhirnya berbuka dan
meninggalkan puasa mereka. Syaikhul Islam menggunakan dalil dari hadis Nabi yang di riwayatkan oleh Imam Muslim dari Abi Said Nabi berkata :

‏(ﺇﻧﻜﻢ ﻣﻼﻗﻮﺍ ﺍﻟﻌﺪﻭ ﻏﺪﺍ ﻭﺍﻟﻔﻄﺮ ﺃﻗﻮﻯ ﻟﻜﻢ ‏)

sesunguhnya kamu semua akan bertemu dengan musuh pada esok hari dan berbuka (tidak puasa) lebih
kuat untuk kamu.

Kaum muslimin telah diberi kemenangan dalam peperangan ini, kata Imam Ibnu Kathir didalam kitabnya yang masyhur al Bidayah Wal Nihayah:

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah adalah faktor utama kemenangan kaum muslimin dalam peperangan ini, dengan kebijaksaan beliau dan keberaniannya dimedan perang!

Gerakan Dakwah Salafiah Ditekan Teruk Di Hijaz(Arab Saudi) Dizaman Pemerintah Cenderung Kepada Sufi.

2:21 PM By Amien Ashbahani , In

Semasa tempoh Hijaz termasuk didalam wilayah pemerintahan Daulah Uthmaniyah yang cenderung kepada sufi yang melampau ketika itu gerakan dakwah salafiah teruk ditekan, para pembawa dan pendokong manhaj ini dizalimi habis habisan. Pemerintahan Uthmaniyah langsung tidak bertoleransi dengan gerakan dakwah salafiah.

Buktinya sebelum kedatangan Syeikh Muhammad Abdul Wahhab tokoh pembaharu yang membersihkan semula Hijaz dari amalan syirik dan khurafat telah datang sebelumnya Syeikh Muhammad bin Muhammad bin Sulaiman Al Ruwadani yang wafat pada tahun 1094 hijriyyah. Beliau wafat sebelum kelahiran Syeikh Muhammad Abdul Wahhab. Syeikh Muhammad Bin Muhammad Bin Sulaiman al Ruwadani salah seorang kibar ulama Hijaz yang tidak redha dengan segala perkara syirik & sambutan sambutan bidaah yang dilakukan penduduk Hijaz ketika itu. Beliau antara yang lantang menentang binaaan diatas kubur yang menjadi amalan masyarakatnya ketika itu.

Ketika itu, Syeikh Muhammad Bin Muhammad Bin Sulaiman al Ruwadani tidak mampu untuk membetolkan keadaan masyarakatnya, beliau telah menyendiri dirumah dan tidak mampu menegakkan aqidah yang suci dan bersih dari kesyirikan. Keadaan berubah selepas itu apabila Menteri Utama Kerajaan Uthmaniyah yang mengenali dan menghormati Syeikh Muhammad Bin Muhammad Bin Sulaiman al Ruwadani telah melantik beliau menguruskan Hal Ehwal Agama Di Hijaz.
Syeikh Ruwadani telah menjalankan tugasnya dengan baik, segala sambutan bidaah dan binaan diatas kubur telah dihapuskan.

Tetapi tempoh tersebut tidak lama, setelah Menteri yang melantik Syeikh Ruwadani wafat, Syeikh Ruwadani telah dipecat dari jawatannya. Bukan sahaja dipecat bahkan beliau telah dibuang dari Hijaz dan dizalimi dengan teruknya. Selepas dari itu segala amalan syirik kembali bertapak dibumi Hijaz.

Bukan Syeikh Ruwadani sahaja yang dizalimi dibumi Hijazi bahkan Dakwah Salafiah terus diperangi pada akhir pemerintahan al Asyraf, lihatlah pada kisah kezaliman yang menimpa al Alim Al Makki Al Salafi Abu Bakar Bin Arif yang wafat pada tahun 1349 hijriyah dizalimi dengan teruk sekali, beliau dipenjarakan, anaknya dibunuh didalam tahanan...Syeikh Abu Bakar terus dipenjarakan sehinggalah jatuhnya kerajaan Al Asyaraf diMakkah.

Inilah sejarah Hijaz dizaman pemerintah yang cenderung kepada sufi...namun segalanya telah berakhir. ALLAH telah selamatkan tanah Hijaz dari golongan yang melampau.

Cerita ini dari artikel Syeikh Hatim Syarif Awni berkenaan Tasamuh Din DiBumi Hijaz.

www.saaid.net/feraq/sufyah/71.htm

:: Kelebihan Solat Dhuha ::

Wednesday, May 8, 2013 6:12 AM By Amien Ashbahani


لا يحافظ على صلاة الضحى إلا الأواب وهي صلاة الأوابين

Tidaklah yg menjaga solat Dhuha melainkan org Awwab(orang yang bertaubat), solat Dhuha itulah solat Awwabin.

diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah dan al-Hakim, dinilai hasan oleh al-Albani.

عن أبي هريرة؛ قال : أوصاني خليلي صلى الله عليه وسلم بثلاث: بصيام ثلاثة أيام من كل شهر. وركعتي الضحى. وأن أوتر قبل أن أرقد.

Dari Abu Hurairah, ia berkata : Kekasihku (Nabi) shallallaahu ‘alaihi wa sallam telah berwasiat kepadaku tentang tiga hal : puasa tiga hari dalam setiap bulan, dua raka’at di waktu Dluha, dan agar aku melakukan witir sebelum tidur

Diriwayatkan oleh Al-Bukhaariy no. 1178 & 1981 dan Muslim no. 721.

Berkata al-Allamah Syeikh Ibnu Baz;

Solat Dhuha adalah solat sunat muakad yang dilakukan setiap hari, sesiapa yang mengatakan ianya bidaah & hanya dilakukan kadang-kadang ia silap. Yang betulnya adalah sunnah dilakukan setiap hari & afdal solaat dhuha dirumah. paling kurang 2 rakaat, jika dilakukan 4 atau 6 atau 8 atau banyak semuanya itu baek.

Waktunya pula;
Selepas terbit matahari di kaki langit sehingga ia hampir-hampir tegak di dada langit.

Paling afdal dilakukan ketika matahari telah panas terik kerana Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

صلاة الأوابين إذا رمضت الفصال

Solat Awwabin ialah ketika anak-anak unta berasa kepanasan (Riwayat Muslim).

~semoga Allah berikan kekuatan kepada kite melakukan sunnah yang besar ini~

:: Solat Sunat Witir ::

6:09 AM By Amien Ashbahani


datang beberapa pada membicarakan tentang solat witir ini, witir bermaksud ganjil sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi SAW;

وَهُوَ وَتْرٌ يُحِبُّ الْوَتْرَ

Dan Dia (yakni Allah Subhanahu wa Ta’ala) itu ganjil (Tunggal atau Maha Esa) dan mencintai yang ganjil.

al-Bukhari (6410)

solat Witir adalah penutup kepada solat malam dikerjakan selepas waktu isyak sehinggala terbitnya fajar waktu suboh. Rasulullah SAW sangat menjaga solat witir sehinggakan ketika musafir pon baginda mengerjakannya.

solat witir adalah sunnat muakad & bukanlah wajib berdalilkan hadis berikut;

حديث طلحة بن عبيد الله رضي الله عنه في الأعرابي الذي سأل النبي صلى الله عليه وسلم عما فرض عليه في اليوم والليلة، «فقال: خمس صلوات، فقال: هل عليَّ غيرها؟ قال: لا، إلا أن تطوع شيئاً»

Hadis dari Thalhah bin ‘Ubaidillah; Datang seorang laki-laki Badwi kepada Rasulullahshallallaahu ‘alaihi wasallam bertanya tentang Islam. Maka Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam menjawab : “Shalat lima waktu dalam sehari semalam”. Ia bertanya lagi : “Adakah aku punya kewajiban shalat lainnya ?”. Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam menjawab : “Tidak, melainkan hanya amalan sunnah saja”.

al-Bukhariy (46) Muslim (11)

ما جاء عن علي رضي الله عنه أنه قال: «الوتر ليس بحتم كهيئة المكتوبة ولكنه سنة سنها صلى الله عليه وسلم

Dari 'Ali bin Abi Thalib. Ia berkata : Bukanlah witir itu kemestian sebagaimana solat yang diwajibkan, tetapi adalah ia satu sunnat yang disunnatkan oleh Rasulullah saw.

an-Nasaie (1676) disahihkan al-albani

Keutamaannya;

حديث علي بن أبي طالب رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم أوتر ثم قال:«يا أهل القرآن أوتروا فإن الله عز وجل وتر يحب الوتر»

Hadis dari Ali bin Abi Tolib berkata Nabi SAW berwitir kemudian bersabda;

Wahai ahli al-Qur’an (mereka yang membaca dan beramal dengan al-Qur’an), Hendaklah kamu mengerjakan solat Witir, sesungguhnya Allah itu ganjil dan mencintai yang ganjil.

abu-Daud (1416) an-Nasaie (1675)disahihkan al-albani.

Bilangan Rakaatnya;

sebagaimana kite ketahui bilangan solat witir adalah ganjil sebagaiman hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar;

عن ابن عمر رضي الله عنهما أن رجلاً قال: يا رسول الله كيف صلاة الليل؟ قال صلى الله عليه وسلم: مثنى مثنى، فإذا خفت الصبح فأوتر بواحدة

Sesungguhnya seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah, bagaimanakah solat malam? Baginda bersabda: Dua-dua (rakaat), apabila engkau khuatir (masuk waktu subuh), maka laksanakan solat Witir satu rakaat. -

al-Bukhari (1137)

Ia buleh satu rakaat, 3, 5 , 7, 9, 11 ataupun 13 rakaat.

Waktunya;

bermula selepas solat isyak sehinggalah terbit fajar solat subuh. paling afdal dilakukan pada waktu sahur & jika sekiranya takutkan kite tak mampu bangun buleh dibuat pada awl malam selepas solat sunat isyak.

عائشة رضي الله عنها حيث قالت: «من كل الليل قد أوتر رسول الله صلى الله عليه وسلم من أول الليل وأوسطه وآخره فانتهى وتره إلى السح

Aisyah berkata setiap malam Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melaksanakan solat witir dan berakhir sampai waktu sahur.

al-Bukhari ( 996)

عن جابر رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: «من خاف أن لا يقوم من آخر الليل فليوتر أوله، ومن طمع أن يقوم آخره فليوتر آخر الليل فإن صلاة آخر الليل مشهودة وذلك أفضل

Daripada Jabir bin ‘Abdullah radhiallahu’ anh, dia berkata Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:Barangsiapa di antara kamu khuatir tidak bangun pada akhir waktu malam, hendaklah mengerjakan Witir pada awal malam, kemudian tidurlah. Dan barangsiapa di antara kalian merasa mampu untuk bangun pada akhir malam, hendaklah melakukan Witir pada sebahagian akhir malam. Kerana solat pada akhir waktu malam disaksikan dan dihadiri (malaikat), maka hal itu lebih utama.

Muslim( 755)

~semoga kite dapat menjaga & beristiqamah melakukan solat sunnat ini & tidak melakukannya dibulan Ramadhan sahaja kerna baginda melakukan sepanjang tahun~

:: Ketika Mendengar Azan ::

6:06 AM By Amien Ashbahani

1.Mengulang lafaz azan yang dilaungkan Muazzin.

Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, hadis dari Umar bin Al-Khaththab Radhiyallahu Anhu, beliau berkata, Rasullah SAW bersabda; 

إذا قال المؤذن: الله أكبر، الله أكبر، فقال أحدكم: الله أكبر، الله أكبر، ثم قال: أشهد أن لا إله إلا الله، قال: أشهد أن لا إله إلا الله، ثم قال: أشهد أن محمداً رسول الله، قال: أشهد أن محمداً رسول الله، ثم قال: حي على الصلاة، قال: لا حول ولا قوة إلا بالله، ثم قال: حي على الفلاح، قال: لا حول ولا قوة إلا بالله، ثم قال: الله أكبر، الله أكبر، قال: الله أكبر، الله أكبر، ثم قال: لا إله إلا الله، قال: لا إله إلا الله من قلبه دخل الجنة

Jika Muazzin mengatakan, الله أَكْبَرُ الله أَكْبَرُ ‘Allah Mahabesar, Allah Mahabesar’, maka salah seorang dari kalian menjawab, الله أَكْبَرُ الله أَكْبَرُ ‘Allah Mahabesar, Allah Mahabesar’. Kemudian muadzin mengatakan, أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا الله ‘Aku bersaksi bahwa tiada Tuhan selain Allah’, maka dia menjawab, أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا الله ‘Aku bersaksi bahwa tiada Tuhan selain Allah’. Kemudian muadzin mengatakan, أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ الله ‘Aku bersaksi bahwasanya Muhammad adalah utusan Allah’, maka dia menjawab, أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ الله ‘Aku bersaksi bahwasanya Muhammad adalah utusan Allah’. Kemudian muadzin mengatakan, حَيَّ عَلَى الصَّلَاةِ ‘Mari kita menunaikan shalat’, maka dia menjawab, لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِالله ‘Tiada daya dan tiada upaya melainkan di sisi Allah’. Kemudian muadzin mengatakan, حَيَّ عَلَى الْفَلَاحِ ‘Mari menuju keberuntungan’, maka dia menjawab, لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِالله ‘Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan di sisi Allah’. Kemudian muadzin mengatakan, الله أَكْبَرُ الله أَكْبَرُ ‘Allah Mahabesar, Allah Mahabesar, maka salah seorang dari kalian menjawab, الله أَكْبَرُ الله أَكْبَرُ ‘Allah Mahabesar, Allah Mahabesar’. Kemudian muadzin mengatakan, لَا إِلَهَ إِلَّا الله ‘Tiada Tuhan selain Allah’, maka dia menjawab, لَا إِلَهَ إِلَّا الله ‘Tiada Tuhan selain Allah’ dari lubuk hatinya, maka dia masuk surga.


2. Berdoa & Berselawat Keatas Baginda SAW selepas azan

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ، أَنّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ قَالَ حِينَ يَسْمَعُ النِّدَاءَ، اللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ وَالصَّلَاةِ الْقَائِمَةِ آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيلَةَ وَالْفَضِيلَةَ وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُودًا الَّذِي وَعَدْتَهُ، حَلَّتْ لَهُ شَفَاعَتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Dari Jaabir bin ‘Abdillah : Bahwasannya Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam pernah bersabda : Barangsiapa yang mengucapkan ketika mendengar adzan : ‘allaahumma Rabba hadzihid-da’watit-taaammah, wash-shalaatil-qaaimah aati Muhammadanil-wasiilata wal-fadliilah, wa-b’atshu maqaaman-mahmuuda, alladzii wa’adtahu’

Ya Allah, Rabb pemilik panggilan yang sempurna ini dan shalat wajib yang didirikan. Berilah al-wasilah (derajat di surga), dan keutamaan kepada Muhammad, dan bangkitkan beliau, sehingga bisa menempati kedudukan terpuji yang engkau janjikan); maka ia berhak mendapatkan syafa’atku kelak pada hari kiamat

Al-Bukhaariy(614)

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ، أَنَّهُ سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: إِذَا سَمِعْتُمُ الْمُؤَذِّنَ، فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ، ثُمَّ صَلُّوا عَلَيَّ، فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً، صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا، ثُمَّ سَلُوا اللَّهَ لِي الْوَسِيلَةَ، فَإِنَّهَا مَنْزِلَةٌ فِي الْجَنَّةِ، لَا تَنْبَغِي إِلَّا لِعَبْدٍ مِنْ عِبَادِ اللَّهِ، وَأَرْجُو أَنْ أَكُونَ أَنَا هُوَ، فَمَنْ سَأَلَ لِي الْوَسِيلَةَ، حَلَّتْ لَهُ الشَّفَاعَةُ

Dari ‘Abdullah bin ‘Amru bin Al-‘Aash, bahwasannya ia pernah mendengar Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Apabila kalian mendengar muadzin (mengumandangkan adzan), maka ucapkan seperti yang ia ucapkan. Kemudian, bershalawatlah kepadaku. Sesungguhnya barangsiapa bershalawat kepadaku sekali, niscaya Allah bershalawat kepadanya sepuluh kali. Kemudian, mintalah wasilah kepada Allah untukku. Sesungguhnya al-wasilah itu suatu manzilah di surga yang tak layak ditempati melainkan oleh seorang hamba di antara hamba-hamba Allah dan aku berharap akulah orangnya. Barangsiapa meminta wasilah untukku niscaya ia berhak untuk mendapatkan syafa’at”

Muslim(834)

Hadis-Hadis Kelebihan Berselawat Keatas Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم

Sunday, January 13, 2013 2:38 PM By Amien Ashbahani


Dapat Bersama Nabi Di Hari Kiamat.
Daripada ‘Abdullah B. Mas’oud radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إن أولى الناس بي يوم القيامة أكثرهم الناس علي صلاة

Terjemahan: Sesungguhnya orang yang paling aula (utama) bersamaku di hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.

Orang yang berselawat kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mendapat doa/selawat daripada para malaikat.
Daripada ‘Amir B. Rabi’ah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah bersabda:

ما من عبد يصلي علي إلا صلت عليه الملائكة ما دام يصلي علي فليقل العبد من ذلك أو ليكثر

Terjemahan: Tidaklah seseorang hamba berselawat kepadaku melainkan para malaikat sentiasa berselawat untuknya sebanyak mana dia berselawat kepadaku. Maka berselawatlah sama ada sedikit atau banyak.

Beroleh syafa’at bagi sesiapa yang berselawat dan memohonkan wasilah untuk Nabi di waktu setelah azan dia.
Daripada ‘Abdullah B. Amr al-Ash radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إذا سمعتم المؤذن فقولوا كما يقول ثم صلوا علي فمن صلى علي صلاة صلى الله عليه بها عشرا ، ثم سلوا لي الوسيلة فإنها منزلة في الجنة لا ينبغي أن تكون إلا لعبد من عباد الله وأرجو أن أكون أنا هو ، فمن سأل لي الوسيلة حلت عليه الشفاعة

Terjemahan: Apabila kamu mendengar azan dikumandangkan, ucapkanlah sebagaimana yang diucapkan oleh orang yang azan. Kemudian berselawatlah kepadaku kerana sesungguhnya sesiapa yang berselawat kepadaku sekali, nescaya Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali. Setelah itu, mintalah (kepada Allah) al-wasilah untukku kerana sesungguhnya al-wasilah itu adalah suatu kedudukan yang mulia di Syurga, yang tidak sepatutnya diberikan melainkan untuk seseorang dari kalangan hamba Allah . Aku berharap semoga akulah orang itu. Maka sesiapa yang memohon al-wasilah untukku, nescaya akan halal baginya syafa’at.

Mendapat keampunan dosa serta dicukupkan keperluan dunia dan akhiratnya.
Dari Ubay B. Ka’ab radhiyallahu ‘anhu, berliau berkata:

يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي أُكْثِرُ الصَّلَاةَ عَلَيْكَ فَكَمْ أَجْعَلُ لَكَ مِنْ صَلَاتِي. فَقَالَ مَا شِئْتَ قَالَ قُلْتُ الرُّبُعَ؟ قَالَ مَا شِئْتَ فَإِنْ زِدْتَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكَ. قُلْتُ النِّصْفَ؟ قَالَ مَا شِئْتَ فَإِنْ زِدْتَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكَ. قَالَ قُلْتُ فَالثُّلُثَيْنِ؟ قَالَ مَا شِئْتَ فَإِنْ زِدْتَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكَ. قُلْتُ أَجْعَلُ لَكَ صَلَاتِي كُلَّهَا. قَالَ إِذًا تُكْفَى هَمَّكَ وَيُغْفَرُ لَكَ ذَنْبُكَ

Terjemahan: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku ingin membanyakkan berselawat kepadamu. Dari itu, berapa banyakkah dari doaku perlu aku jadikan untuk berselawat kepadamu?” Rasulullah menjawab:

Terserah kepadamu.” Aku pun berkata:

“Adakah satu perempat darinya?” Rasulullah menjawab:

“Terserah kepadamu, tetapi sekiranya kamu menambah, itu lebih baik bagimu.” Aku berkata:

“Adakah separuh daripadanya?” Rasulullah menjawab:

“Terserah kepadamu, tetapi sekiranya kamu menambah, itu lebih baik bagimu.” Aku berkata:

“Adakah dua pertiga?” Rasulullah menjawab:

“Terserah kepadamu, tetapi sekiranya kamu menambah, itu lebih baik bagimu.” Aku pun berkata:

“Aku jadikan semua doaku untukmu.” Beliau pun bersabda:

“Sekiranya begitu, akan dicukupkan semua keinginanmu dan diampuni semua dosamu.”

Syeikh Muhammad Arifi

Tuesday, January 8, 2013 6:48 AM By Amien Ashbahani




Profile Syeikh Arefe.

Nama; Muhammad bin Abdul Rahman bin Muhammad Arifi.

Lahir pada tahun 1970masihi/ 1390hijrah ( 43 Tahun)

Pendidikan;

Tesis PHD dalam usuluddin bab Aqidah & Mazhab Tajuk;
Pandangan Ibnu Taimiyyah Terhadap Tasawwuf. Dengan pankat Mumtaz dari Universiti Imam Muhammad bin Saud Riyadh.

Tesis Master dalam usuludddin bab Aqidah & Mazhab ;
Bahas Kitab Ibnu Qayyib "الكافية الشافية في الانتصار للفرقة الناجية"
mendapat pangkat Mumtaz dari Universiti Imam Muhammad bin Saud Riyadh.

Ijazah Sarjana Muda Usuluddin Universiti Imam Muhammad bin Saud Riyadh mendapat pangkat Mumtaz.

Guru-Guru Talaqqi;

Talaqqi Quran & mendapat ijazah dari Syeikh Isa Mu'sarawi Qurra' Besar di Mesir.

Talaqqi Tauhid & Milal(Agama) dari Syeikh Abdullah bin Jibrin.

Talaqqi Tafsir & Feqah dari Syeikh Bin Bazz.

Dan ramai lagi(malas nk tulis dh)

Antara penulisan Syeikh Arefe.

Kitab Nihayatul Alam( Pengakhiran Dunia) dalam 100 hari dikeluarkan hampir  320ribu dijual.

Kitab Istamti' Bihayatik ( Nikmati Kehidupan Kamu) dikeluarkan pada tahun 2008 dicetak 3 juta salinan.

Kitab Rihlah Ila Samaa (Perjalanan Ke Langit) dicetak lebih dari sejuta salinan.

Kitab Tauhid bertajjuk Irkab Maana( Jom Naik Bersama Kami) dicetak 4 juta salinan.

Dan byk lagi...

Sekarang Syeikh merupakan Imam & Khatib di salah sebuah masjid di Riyadh & menjadi Anggota Kesatuan Ulama Dunia .

Sekian.

Manfaatkanlah kedatangan Syeikh di Bumi Kinanah ini...

Pemuda Pembaharuan

Monday, January 7, 2013 11:28 AM By Amien Ashbahani


Imam Muhammad Abdul Wahab antara tokoh mujaddid umat islam, perkara aqidah menjadi menjadi keutamaannya untuk memelihara benteng tauhid dari syirik yang telah mencemari pancaran tauhid dan dikotori kesuciannya. Beliau telah menulis buku-buku dan risalah-risalah dalam perkara tersebut. Beliau bangkit menanggung bebanan secara dakwah dan praktikal dalam memusnahkan pelbagai syirik yang berlaku di jazirah arab ketika itu.




al-Qaradawi dlm bukunya Thaqafah Daieah menyebut Allah SWT mengutus para pemuda pembaharuan yang dibangkitkan oleh Allah pada umat ini untuk memperbaharui baginya urusan agamanya,ada di kalangan mereka yang menjadi khalifah seperti Umar Ibn Aziz, atau sultan dan pemimpin seperti Nuruddin dan Salahuddin ataupun fuqaha' dan dai' seperti Al-Imam As-Syafie, Imam Al-Ghazali, dan Ibn Taimiyyah dan Syeikh Muhammad Ibn Wahhab.

terkadang para mujaddid ini berseorangan,terkadang mereka dalam bentuk berkumpulan atau madrasah islah.

begitu yang berlaku di bumi Malaysia, dizaman 60-70an ramai dikalangan masyarakat malaysia rosak aqidah kerna pegangan yang salah & menyeleweng. Allah utuskan seorang pemuda berani & lantang yang menuntut ilmu di bumi Madinah & Mesir membersihkan aqidah masyarakat melayu Malaysia.

Pemuda tersebut adalah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang telah turun ke medan politik berjuang & menanggung bebanan dakwah ini dengan penuh cekal & tabah. Tuan Guru telah mengarang puluhan buku berkaitan aqidah & memberi penerangan didalam setiap kuliah & ceramah beliau dimana sahaja.

Koleksi Gambar Tok Guru Zaman Muda.


















Musim Sejuk; Taman Bunga & Syurga Bagi Orang Mukmin

Monday, December 24, 2012 4:22 PM By Amien Ashbahani

Kedatangan musim sejuk sangat dinanti oleh orang-orang beriman kerna malamnya yang panjang dan siangnya yang pendek. Abu Hurairah pernah berkata mahukah kamu aku tunjukkan ghonimah(yakni harta rampasan) di musim sejuk? Para sahabat berkata; Ya. Lantas beliau menjawab berpuasa pada musim sejuk.

Saidina Umar al-Khattab pernah berkata;


 "الشتاء غنيمة العابدين"

Musim Sejuk Adalah Ghonimah Bagi Ahli Ibadat



Ibnu Mas'ud setiap kali kedatangan musim sejuk berkata selamat datang musim sejuk, padanya diturunkan keberkatan, malamnya yang panjang untuk berqiamulail manakala siang yang pendek untuk berpuasa.

Hasan al-Basri pula pernah berkata sebaik-baik masa adalah musim sejuk, malamnya yang panjang untuk qiam, siangnya yang pendek untuk berpuasa. Kerna sebab ini ahli ibadat menangis jika mensia-siakan malam dimusim sejuk dengan tidak bangun untuk qiam & disiang hari tidak berpuasa.

Begitulah hal keadaan orang salaf apabila musim sejuk datang, mereka bergembira kerna inilah peluang mereka memanjangkan munajat mereka dimalam hari mengadu segala perkara kepada Sang Pencipta, manakala tempoh masa siang yang pendek pula digunakan untuk mereka membanyakkan puasa.



قلوب بني آدم تلين في الشتاء وذلك أن الله خلق آدم من طين، والطين يلين في الشتاء


Hati Anak Adam Menjadi Lembut DiMusim Sejuk Kerna Itulah Allah Mencipta Adam Dari Tanah, Tanah Menjadi Lembut DiMusim Sejuk.



Syarahan Perdana Ulama Keluaran al-Azhar as-Syarif

Sunday, February 20, 2011 11:41 PM By Amien Ashbahani

Majlis Syarahan Perdana yang dianjurkan oleh Rabitah Khirij Azhar, yang menampilkan ulama-ulama besar dunia keluaran al-Azhar as-as-Syarif. Syarahan yang bertajuk : al-Asyairah, al-Maturuidiah & Ahli Hadis, Dakwah Kepada Penyatuan, Toleransi & Menolak Fahaman Melampau. Syarahan ini dilaksanakan bagi menyebar luaskan Manhaj al-Azhar yang bersifat Wasatiyyah dalam semua perkara. Maka Rabitah Khirij al-Azhar telah menganjurkan Syarahan ini bagi merealisasikan hasrat tersebut dengan menampilkan ulama-ulama keluaran Azhar bagi melaksanakan tugas itu. Syarahan ini telah diadakan di Dewan Muktamar al-Azhar(ACC). Antara ulama yang hadir adalah Dr Yusof Qaradawi, Syeikh Ali Jumaat, Syeikh Salim 'Iwa, Syeikh Ramadhan Buty, Syeikh Salman Audah dan ramai lagi.


Syeikh al-Allamah Nuruddin Ali Jumaat sedang menulis sesuatu semasa syarahan perdana ini.



al-Imam al-Allamah Dr Yusof Qaradawi berada di Pentas Utama bersama Syeikhul Azhar, Syeikh Ahmad Toyyib.


Syeikh Hassan Syafie sedang menyapaikan syarahan, beliau adalah ahli Majlis Majma' Buhuth.




Antara barisan ulama yang turut serta dalam Syarahan perdana ini.



Syeikh Nasr Fared Wasl turut serta dalam Syarahan perdana ini walaupon tidak menyampaikan ucapan, beliau adalah Mantan Mufti Kerajaan Mesir .


Imam Qaradawi dikerumuni orang ramai sebaik sehaja program selesai.


Syeikh Ramadhan al-Buty menyampaikan syarahan.



Syeikh Salman Audah ketika menyampaikan syarahan, beliau adalah pengasas laman web islamtoday.net.






SYEIKH SAID HAWA

Sunday, November 14, 2010 7:07 AM By Amien Ashbahani

SYEIKH SAID HAWA (rahimahullah)
Mujahid Ulung Abad -20M (1935-1989)
                        

Di pagi khamis yang hening, 9 Mac 1989, berangkatlah satu jiwa yang suci untuk menemui tuhannya yang ketika hayatnya dikenali sebagai Syeikh Said bin Muhammad Deib bin Mahmud Hawwa (rhm). Beliau adalah seorang pemikir muslim, mujahid, alim dan da’ie. Peribadi yang telah mengorbankan seluruh hayatnya untuk memperjuangkan Islam ini, telah kembali menghadap tuhannya dalam usia 54 tahun ketika dunia masih memerlukan dirinya.


Sejarah hidupnya

Syeikh Said Hawwa (rhm) dilahirkan di suatu tempat yang bernama Ailliyyat, yang terletak di bandar Hamma/Humat, Syria pada 27 September 1935M. Bapanya Muhammad Deib Hawwa merupakan seorang murabbi dan mujahid pemberani yang berjuang menentang penjajahan Perancis, maka tidak hairanlah darah pejuang mengalir di dalam tubuhnya dan mewarnai lukisan hidupnya. Ibunya meninggal dunia ketika beliau baru berusia 2 tahun.
Kemiskinan hidup menyebabkan beliau tidak mendapat pendidikan yang sempurna. Namun, kerana kecerdasan otaknya luar biasa kurniaan Allah Taala, beliau  mampu menimba kembali ilmu yang tertinggal sehingga muncul sebagai tokoh ulama’ yang terkenal dan ulung di abad ini.
Said Hawwa seorang yang gemar mem- baca buku. Dalam satu hari, ia pasti membaca buku; cepat membaca, cepat memahami dan cepat menguasai. Kecerdasannya diakui oleh teman-teman dan guru-gurunya.
Ketika masa muda, ia mengamati gerakan pemikiran nasionalis, sosialis dan Ikhwanul Muslimin. Lalu dengan hidayah Allah s.w.t. ia pun bergabung dengan Ikhwanul Muslimin tahun 1952.
Pada tahun 1956, beliau memasuki salah sebuah universiti di Damsyik dan lulus tahun 1961, menyertai ketenteraan (1963), mendiri kan rumah tangga (1964) dan dikurniakan empat orang anak lelaki. 
Di dalam tulisannya, beliau menyebut individu-individu yang memainkan peranan  besar dalam membentuk syakhsiyyah beliau di antaranya adalah Syeikh ‘Allamah Muhammad al-Hamid dan Syeikh Mustaffa as-Sibai’e. Ilmu nya ditalaqqi daripada Syeikh Abdul Karim ar-Rifa’iy, Syeikh Ahmad Al-Murad, Syeikh Musthafa az-Zarqa’, Ustaz Fauziy Faidhullah dan lain-lain.
Penglibatan awalnya dalam gerakan Ikhwanul Muslimin bermula pada tahun 1952 ketika beliau masih belajar di tahun 1 Thanawi.
Beliau terlibat dalam krisis perlembaga- an pada tahun 1979 dan dipenjarakan selama lima tahun. Di penjara itulah beliau mengarang kitabnya ‘al-Asas fit-tafsir’ (11 jilid), serta mempersiapkan beberapa buah buku dakwah lainnya.
Selepas dibebaskan dari penjara, beliau dilantik sebagai pimpinan Ikhwan Syria sehingga tahun 1982. Setelah itu beliau terlibat dalam siasah Ikhwan sehingga tahun 1987 dan pernah memegang tampuk kepimpinan Ikhwanul Muslimin di peringkat negeri dan antarbangsa.

Syakhsiyyah Mujahid Mithali

Kemuliaan peribadi mujahid ini terserlah dalam pergaulan seharian beliau dengan mereka yang bermuamalat dengannya, samada sahabat yang sefikrah, mahupun mereka yang berbeza fahaman dengannya. Akhlak yang baik, tutur kata yang lembut serta wajah yang sentiasa dihiasi dengan senyuman menambat hati sesiapa yang mengenalinya.
Beliau aktif memberikan pengajian dan khutbah di Syria, Arab Saudi, Kuwait, Emirat Arab, Iraq, Jordan, Mesir, Qatar, Pakistan, Amerika dan Jerman.
Beliau yang mengambil berat tentang perkembangan semasa dan kuat membaca serta mempunyai kemampuan yang meng- kagumkan dalam mengingati pelbagai aliran pemikiran.    
Meskipun beliau kaya dengan ilmu dan pekerti, tetapi kehidupannya sederhana sahaja dan tidak berharta. Kehidupannya yang sentiasa dalam kesederhanaan diterimanya dengan penuh rasa redha dan syukur. Keadaan ini telah membentuk sifat zuhud dalam dirinya.
Said Hawwa adalah seorang yang bersikap tegas dalam soal pakaian. Beliau pernah menulis dalam satu makalahnya: “Apabila halus perasaan keIslaman seseorang, maka bertambah kuatlah pegangannya terhadap sunnah. Sebaliknya apabila kasar perasaan seseorang itu, maka dia boleh menyesuaikan diri dengan mana-mana keadaan dan tidak akan terasa keadaan itu ganjil baginya. Seluar menggambarkan mentaliti Eropah. Ia bercanggah dengan sebilangan adab susila Islam. Di antara sebab kita perlu berpegang dengan pakaian ialah agar Islam dapat diperluaskan dan agar seseorang itu beriltizam dengannya, atau paling kurang ada niat untuk berbuat demikian.”
Walaupun beliau serius dalam perkara ini, namun beliau masih membuka ruang bagi orang yang berbeza pendapat dengannya. Oleh itu dipinta secara ijtihad supaya kita meng-ambil berat tentang pakaian dan rupa bentuk. Paling kurang seseorang itu tidak akan menentang orang lain yang beriltizam dengan nya.

Sumbangan Terhadap Islam

Syeikh Said Hawwa merupakan seorang da’ie yang berjaya. Beliau bukan sahaja menyampaikan ilmunya melalui kelas-kelas pengajian dan syarahan, malah turut menulis beberapa buah buku dan makalah antaranya:
‘Allah Jalla Jalaaluh’, ‘ar-Rasul’, ‘al-Islam’, ‘Asas fi Sunnah wa Fiqhiha: sirrah, aqo’ied, i’badah’, ‘Mustaklis fi Tazkiyatil anf-Fusi, ‘Pengenalan Kepada Dakwah Ikhwanul Muslimin’, ‘Jundullah Thaqafatan Wa Akhlaqan’, ‘Tarbiyatuna ar-Ruhiyah’, ‘Ufuk Risalah Ta’lim’ dan lain-lain lagi.
Buku-buku karangan beliau amat bernilai dan perlu dihadamkan oleh sesiapa yang bercita-cita untuk mewakafkan dirinya dalam perjuangan Islam. Di samping itu ianya sesuai dengan waqie’ dan zuruf di tanah air.
Di dalam buku ‘Jundullah Thaqafatan Wa Akhlaqan’, beliau telah menggariskan beberapa ciri akhlak asasi yang perlu dimiliki oleh setiap individu muslim untuk melayakkan dirinya ter- golong di dalam golongan Hizbullah sepenuh nya. Ciri-ciri akhlak tersebut adalah:
i-  Kecintaan kepada Allah.
ii- Bersifat rahmah kepada golongan  mu’minin.
iii-Bersifat tegas terhadap golongan kuffar.
iv-Berjihad di jalan Allah.
v-Memberikan wala’nya kepada Allah, Rasul dan golongan mu’minin.
   
“Oleh kerana ciri-ciri individu muslim ini tidak terbatas kepada beberapa ciri tertentu sahaja dan ia juga tidak ditentukan bilangan nya oleh al-Qur’an dan as-Sunnah, maka sayugialah perciriannya itu terbuka kepada ukuran dan kecenderungan yang berbeza. Namun begitu, sekiranya kita ingin menta’rif kan individu muslim secara menyeluruh,  maka pada dasarnya individu muslim itu adalah peribadi muslim yang muttaqin, kerana adalah jelas bahawa kewujudan seluruh sifat-sifat yang mulia itu adalah bersumberkan dari hati yang bertaqwa.”
Meskipun beliau telah pergi untuk selama-lamanya, namun manfaat yang tidak ternilai masih dapat diambil secara berterusan melalui buku-buku karangannya.
Pada 14 Disember 1988 beliau mengalami keadaan koma, kerana sakit yang dideritai, sehingga 9 Mac 1989 beliau wafat di Hospital Amman, Jordan. Jenazah beliau diiringi dengan kepiluan dan kesedihan serta doa puluhan ribu para pejuang Islam, sehinggakan terdapat penyair yang merintih: “Alangkah baiknya jika masa dapat melahirkan syakhsiyyah seperti ini, akan tetapi masa terbukti bakhil untuk berbuat demikian”.


PEMIKIRAN SALAFI

Friday, November 12, 2010 1:04 AM By Amien Ashbahani

oleh: imam al-Qaradhawi


Yang dimaksud dengan "Pemikiran Salafi" di sini ialah kerangka berfikir (manhaj fikri) yang tercermin dalam pemahaman generasi terbaik dari ummat ini. Yakni para Sahabat dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan setia, dengan mempedomani hidayah Al-Qur'an dan tuntunan Nabi SAW. 

Kriteria Manhaj Salafi yang Benar

Yaitu suatu manhaj yang secara global berpijak pada prinsip berikut :
  1. Berpegang pada nas-nas yang ma'shum (suci), bukan kepada pendapat para ahli atau tokoh.
  2. Mengembalikan masalah-masalah "mutasyabihat" (yang kurang jelas) kepada masalah "muhkamat" (yang pasti dan tegas). Dan mengembalikan masalah yang zhanni kepada yang qath'i.
  3. Memahami kasus-kasus furu' (kecil) dan juz'i (tidak prinsipil), dalam kerangka prinsip dan masalah fundamental.
  4. Menyerukan "Ijtihad" dan pembaruan. Memerangi "Taqlid" dan kebekuan.
  5. Mengajak untuk ber-iltizam (memegang teguh) akhlak Islamiah, bukan meniru trend.
  6. Dalam masalah fiqh, berorientasi pada "kemudahan" bukan "mempersulit".
  7. Dalam hal bimbingan dan penyuluhan, lebih memberikan motivasi, bukan menakut-nakuti.
  8. Dalam bidang aqidah, lebih menekankan penanaman keyakinan, bukan dengan perdebatan.
  9. Dalam masalah Ibadah, lebih mementingkan jiwa ibadah, bukan formalitasnya.
  10. Menekankan sikap "ittiba'" (mengikuti) dalam masalah agama. Dan menanamkan semangat "ikhtira'" (kreasi dan daya cipta) dalam masalah kehidupan duniawi.
Inilah inti "manhaj salafi" yang merupakan ciri khas mereka. Dengan manhaj inilah dibinanya generasi Islam terbaik, dari segi teori dan praktek. Sehingga mereka mendapat pujian langsung dari Allah di dalam Al-Qur'an dan Hadits-Hadits Nabi serta dibuktikan kebenarannya oleh sejarah. Merekalah yang telah berhasil mentransfer Al-Qur'an kepada generasi sesudah mereka. Menghafal Sunnah. Mempelopori berbagai kemenangan (futuh). Menyebarluaskan keadilan dan keluhuran (ihsan). Mendirikan "negara ilmu dan Iman". Membangun peradaban robbani yang manusiawi, bermoral dan mendunia. Sampai sekarang masih tercatat dalam sejarah.

Citra "Salafiah" Dirusak oleh Pihak yang Pro dan Kontra

Istilah "Salafiah" telah dirusak citranya oleh kalangan yang pro dan kontra terhadap "salafiah". 

Orang-orang yang pro-salafiah - baik yang sementara ini dianggap orang dan menamakan dirinya demikian, atau yang sebagian besar mereka benar-benar salafiyah - telah membatasinya dalam skop formalitas dan kontroversial saja, seperti masalah-masalah tertentu dalam Ilmu Kalam, Ilmu Fiqh atau Ilmu Tasawuf. 

Mereka sangat keras dan garang terhadap orang lain yang berbeda pendapat dengan mereka dalam masalah-masalah kecil dan tidak prinsipil ini. Sehingga memberi kesan bagi sementara orang bahwa manhaj Salaf adalah metoda "debat" dan "polemik", bukan manhaj konstruktif dan praktis. Dan juga mengesankan bahwa yang dimaksud dengan "Salafiah" ialah mempersoalkan yang kecil-kecil dengan mengorbankan hal-hal yang prinsipil. Mempermasalahkan khilafiah dengan mengabaikan masalah-masalah yang disepakati. Mementingkan formalitas dan kulit dengan melupakan inti dan jiwa.

Sedangkan pihak yang kontra-salafiah menuduh faham ini "terbelakang", senantiasa menoleh ke belakang, tidak pernah menatap ke depan. Faham Salafiah, menurut mereka, tidak menaruh perhatian terhadap masa kini dan masa depan. Sangat fanatis terhadap pendapat sendiri, tidak mau mendengar suara orang lain. Salafiah identik dengan anti pembaruan, mematikan kreatifitas dan daya cipta. Serta tidak mengenal moderat dan pertengahan(wasatiyyah).

Sebenarnya tuduhan-tuduhan ini merusak citra salafiah yang hakiki dan penyeru-penyerunya yang asli. Barangkali tokoh yang paling menonjol dalam mendakwahkan "salafiah" dan membelanya mati-matian pda masa lampau ialah Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah beserta muridnya Imam Ibnul-Qoyyim. 

Mereka inilah orang yang paling pantas mewakili gerakan"pembaruan Islam" pada masa mereka. Karena pembaruan yang mereka lakukan benar-benar mencakup seluruh disiplin ilmu Islam. 

Mereka telah menumpas faham "taqlid", "fanatisme madzhab" fiqh dan ilmu kalam yang sempat mendominasi dan mengekang pemikiran Islam selama beberapa abad. Namun, di samping kegarangan mereka dalam membasmi "ashobiyah madzhabiyah" ini, mereka tetap menghargai para Imam Madzhab dan memberikan hak-hak mereka untuk dihormati. Hal itu jelas terlihat dalam risalah "Raf'l - malaam 'anil - A'immatil A'lam" karya Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah.

Demikian gencar serangan mereka terhadap "tasawuf" karena penyimpangan-penyimpangan pemikiran dan aqidah yang menyebar di dalamnya. Khususnya di tangan pendiri madzhab "Al-Hulul Wal-Ittihad" (penyatuan). Dan penyelewengan perilaku yang dilakukan para orang jahil dan yang menyalahgunakan "tasawuf" untuk kepentingan pribadinya. Namun, mereka menyadari tasawuf yang benar (shahih). Mereka memuji para pemuka tasawuf yang ikhlas dan robbani. 

Bahkan dalam bidang ini, mereka meninggalkan warisan yang sangat berharga, yang tertuang dalam dua jilid dari "Majmu' Fatawa" karya besar Imam Ibnu Taimiyah. Demikian pula dalam beberapa karangan Ibnu-Qoyyim. Yang termasyhur ialah "Madarijus Salikin syarah Manazil As-Sairin ila Maqomaat Iyyaka Na'budu wa Iyyaka Nasta'in", dalam tiga jilid.

Mengikut Manhaj Salaf Bukan Sekedar Ucapan Mereka

Yang perlu saya tekankan di sini, mengikut manhaj salaf, tidaklah berarti sekedar ucapan-ucapan mereka dalam masalah-masalah kecil tertentu. Adalah suatu hal yang mungkin terjadi, anda mengambil pendapat-pendapat salaf dalam masalah yang juz'i (kecil), namun pada hakikatnya anda meninggalkan manhaj mereka yang universal, integral dan seimbang. Sebagaimana juga mungkin, anda memegang teguh manhaj mereka yang kulli (universal), jiwa dan tujuan-tujuannya, walaupun anda menyalahi sebagian pendapat dan ijtihad mereka.

Inilah sikap saya pribadi terhadap kedua Imam tersebut, yakni Imam Ibnu Taimiyah dan Ibnul-Qoyyim. Saya sangat menghargai manhaj mereka secara global dan memahaminya. Namun, ini tidak berarti bahwa saya harus mengambil semua pendapat mereka. Jika saya melakukan hal itu berarti saya telah terperangkap dalam "taqlid" yang baru. Dan berarti telah melanggar manhaj yang mereka pegang dan perjuangkan sehingga mereka disiksa karenanya. Yaitu manhaj "nalar" dan "mengikuti dalil". Melihat setiap pendapat secara obyektif, bukan memandang orangnya. Apa artinya anda protes orang lain mengikut (taqlid) Imam Abu Hanifah atau Imam Malik, jika anda sendiri taqlid kepada Ibnu Taimiyah atau Ibnul-Qoyyim 

Juga termasuk menzalimi kedua Imam tersebut, hanya menyebutkan sisi ilmiah dan pemikiran dari hidup mereka dan mengabaikan segi-segi lain yang tidak kalah penting dengan sisi pertama. Sering terlupakan sisi Robbani dari kehidupan Ibnu Taimiyah yang pernah menuturkan kata-kata: "Aku melewati hari-hari dalam hidupku dimana suara hatiku berkata, kalaulah yang dinikmati ahli syurga itu seperti apa yang kurasakan, pastilah mereka dalam kehidupan yang bahagia".

Di dalam sel penjara dan penyiksaannya, beliau pernah mengatakan: "Apa yang hendak dilakukan musuh terhadapku? Kehidupan di dalam penjara bagiku merupakan khalwat (mengasingkan diri dari kebisingan dunia), pengasingan bagiku merupakan rekreasi, dan jika aku dibunuh adalah mati syahid".

Beliau adalah seorang laki-laki robbani yang amat berperasaan. Demikian pula muridnya Ibnul-Qoyyim. Ini dapat dirasakan oleh semua orang yang membaca kitab-kitabnya dengan hati yang terbuka.

Namun, orang seringkali melupakan, sisi "dakwah" dan "jihad" dalam kehidupan dua Imam tersebut. Imam Ibnu Taimiyah terlibat langsung dalam beberapa medan pertempuran dan sebagai penggerak. Kehidupan dua tokoh itu penuh diwarnai perjuangan dalam memperbarui Islam. Dijebloskan ke dalam penjara beberapa kali. Akhirnya Syaikhul Islam mengakhiri hidupnya di dalam penjara, pada tahun 728 H. Inilah makna "Salafiah" yang sesungguhnya.

Bila kita alihkan pandangan ke zaman sekarang, kita temukan tokoh yang paling menonjol mendakwahkan "salafiah", dan paling gigih mempertahankannya lewat artikel, kitab karangan dan majalah pembawa missi "salafiah", ialah Imam Muhammad Rasyid Ridha. Pem-red majalah "Al-Manar' yang selama kurun waktu tiga puluh tahun lebih membawa "bendera" salafiah ini, menulis Tafsir "Al-Manar" dan dimuat dalam majalah yang sama, yang telah menyebar ke seluruh pelosok dunia.

Rasyid Ridha adalah seorang "pembaharu" (mujaddid) Islam pada masanya. Barangsiapa membaca "tafsir"nya, sperti : "Al-Wahyu Al-Muhammadi", "Yusrul-Islam", "Nida' Lil-Jins Al-Lathief", "Al-Khilafah", "Muhawarat Al-Mushlih wal-Muqollid" dan sejumlah kitab dan makalah-makalahnya, akan melihat bahwa pemikiran tokoh yang satu ini benar-benar merupakan "Manar" (menara) yang memberi petunjuk dalam perjalanan Islam di masa modern. Kehidupan amalinya merupakan bukti bagi pemikiran "salafiah"nya.

Beliaulah yang merumuskan sebuah kaidah "emas" yang terkenal dan belakangan dilanjutkan Imam Hasan Al-Banna. Yaitu kaidah :
"Mari kita saling bekerja sama dalam hal-hal yang kita sepakati. Dan mari kita saling memaafkan dalam masalah-masalah yang kita berbeda pendapat."
Betapa indahnya kaidah ini jika dipahami dan diterapkan oleh mereka yang meng-klaim dirinya sebagai "pengikut Salaf".



(disalin dari buku "Aulawiyaat Al Harokah Al Islamiyah fil Marhalah Al Qodimah" karya Dr.Yusuf Al Qordhowi, edisi terjemahan Penerbit Usamah Press)
catatan:kami tidak membuat sebarang edit untuk menghormati karya terjemahan Penerbit, semoga Allah swt mengurniakan kita semua petunjuk ke Jalan Kebenaran..Amien.