KITA TELAH BERADA DI PERTENGAHAN RAMADAN

Thursday, March 5, 2026 7:53 PM By Amien Ashbahani

Tanpa kita sedari, Ramadan telah memasuki pertengahannya. Beberapa hari lagi kita akan melangkah ke fasa terakhir Ramadan, iaitu sepuluh malam yang paling utama dan paling mulia dalam bulan ini.

Rasulullah ﷺ bersabda:

تَحَرَّوْا لَيْلَةَ القَدْرِ في الوِتْرِ مِنَ العَشْرِ الأوَاخِرِ مِن رَمَضَانَ.

“Carilah Lailatul Qadr pada malam-malam ganjil daripada sepuluh malam terakhir Ramadan.”
(Hadis riwayat al-Bukhari)

Mengapa kita perlu mencarinya?

  1. Lailatul Qadr lebih baik daripada 1000 bulan – bersamaan lebih 83 tahun ibadah.

  2. Malam turunnya rahmat dan pengampunan Allah.

  3. Malam diturunkan al-Quran, sumber hidayah kepada manusia.

  4. Amalan pada malam tersebut dilipatgandakan pahalanya.

  5. Para malaikat turun membawa keberkatan hingga terbit fajar.

Apa yang boleh kita lakukan pada malam-malam tersebut?

• Perbanyakkan solat malam (qiyamullail / tahajjud)
• Membaca dan mentadabbur al-Quran
• Memperbanyakkan istighfar dan zikir
• Bersedekah dan melakukan kebaikan
• Membaca doa yang diajar oleh Nabi ﷺ:

اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني
“Ya Allah, Engkau Maha Pemaaf dan menyukai kemaafan, maka maafkanlah aku.”

Semoga Allah mempertemukan kita dengan Lailatul Qadr dan menerima segala amalan kita dalam Ramadan ini.

Jangan biarkan sepuluh malam terakhir berlalu tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.

0 comments:

Post a Comment