Hadis-Hadis Kelebihan Berselawat Keatas Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم

Sunday, January 13, 2013 2:38 PM By Amien Ashbahani


Dapat Bersama Nabi Di Hari Kiamat.
Daripada ‘Abdullah B. Mas’oud radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إن أولى الناس بي يوم القيامة أكثرهم الناس علي صلاة

Terjemahan: Sesungguhnya orang yang paling aula (utama) bersamaku di hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.

Orang yang berselawat kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mendapat doa/selawat daripada para malaikat.
Daripada ‘Amir B. Rabi’ah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah bersabda:

ما من عبد يصلي علي إلا صلت عليه الملائكة ما دام يصلي علي فليقل العبد من ذلك أو ليكثر

Terjemahan: Tidaklah seseorang hamba berselawat kepadaku melainkan para malaikat sentiasa berselawat untuknya sebanyak mana dia berselawat kepadaku. Maka berselawatlah sama ada sedikit atau banyak.

Beroleh syafa’at bagi sesiapa yang berselawat dan memohonkan wasilah untuk Nabi di waktu setelah azan dia.
Daripada ‘Abdullah B. Amr al-Ash radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إذا سمعتم المؤذن فقولوا كما يقول ثم صلوا علي فمن صلى علي صلاة صلى الله عليه بها عشرا ، ثم سلوا لي الوسيلة فإنها منزلة في الجنة لا ينبغي أن تكون إلا لعبد من عباد الله وأرجو أن أكون أنا هو ، فمن سأل لي الوسيلة حلت عليه الشفاعة

Terjemahan: Apabila kamu mendengar azan dikumandangkan, ucapkanlah sebagaimana yang diucapkan oleh orang yang azan. Kemudian berselawatlah kepadaku kerana sesungguhnya sesiapa yang berselawat kepadaku sekali, nescaya Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali. Setelah itu, mintalah (kepada Allah) al-wasilah untukku kerana sesungguhnya al-wasilah itu adalah suatu kedudukan yang mulia di Syurga, yang tidak sepatutnya diberikan melainkan untuk seseorang dari kalangan hamba Allah . Aku berharap semoga akulah orang itu. Maka sesiapa yang memohon al-wasilah untukku, nescaya akan halal baginya syafa’at.

Mendapat keampunan dosa serta dicukupkan keperluan dunia dan akhiratnya.
Dari Ubay B. Ka’ab radhiyallahu ‘anhu, berliau berkata:

يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي أُكْثِرُ الصَّلَاةَ عَلَيْكَ فَكَمْ أَجْعَلُ لَكَ مِنْ صَلَاتِي. فَقَالَ مَا شِئْتَ قَالَ قُلْتُ الرُّبُعَ؟ قَالَ مَا شِئْتَ فَإِنْ زِدْتَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكَ. قُلْتُ النِّصْفَ؟ قَالَ مَا شِئْتَ فَإِنْ زِدْتَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكَ. قَالَ قُلْتُ فَالثُّلُثَيْنِ؟ قَالَ مَا شِئْتَ فَإِنْ زِدْتَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكَ. قُلْتُ أَجْعَلُ لَكَ صَلَاتِي كُلَّهَا. قَالَ إِذًا تُكْفَى هَمَّكَ وَيُغْفَرُ لَكَ ذَنْبُكَ

Terjemahan: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku ingin membanyakkan berselawat kepadamu. Dari itu, berapa banyakkah dari doaku perlu aku jadikan untuk berselawat kepadamu?” Rasulullah menjawab:

Terserah kepadamu.” Aku pun berkata:

“Adakah satu perempat darinya?” Rasulullah menjawab:

“Terserah kepadamu, tetapi sekiranya kamu menambah, itu lebih baik bagimu.” Aku berkata:

“Adakah separuh daripadanya?” Rasulullah menjawab:

“Terserah kepadamu, tetapi sekiranya kamu menambah, itu lebih baik bagimu.” Aku berkata:

“Adakah dua pertiga?” Rasulullah menjawab:

“Terserah kepadamu, tetapi sekiranya kamu menambah, itu lebih baik bagimu.” Aku pun berkata:

“Aku jadikan semua doaku untukmu.” Beliau pun bersabda:

“Sekiranya begitu, akan dicukupkan semua keinginanmu dan diampuni semua dosamu.”

Syeikh Muhammad Arifi

Tuesday, January 8, 2013 6:48 AM By Amien Ashbahani




Profile Syeikh Arefe.

Nama; Muhammad bin Abdul Rahman bin Muhammad Arifi.

Lahir pada tahun 1970masihi/ 1390hijrah ( 43 Tahun)

Pendidikan;

Tesis PHD dalam usuluddin bab Aqidah & Mazhab Tajuk;
Pandangan Ibnu Taimiyyah Terhadap Tasawwuf. Dengan pankat Mumtaz dari Universiti Imam Muhammad bin Saud Riyadh.

Tesis Master dalam usuludddin bab Aqidah & Mazhab ;
Bahas Kitab Ibnu Qayyib "الكافية الشافية في الانتصار للفرقة الناجية"
mendapat pangkat Mumtaz dari Universiti Imam Muhammad bin Saud Riyadh.

Ijazah Sarjana Muda Usuluddin Universiti Imam Muhammad bin Saud Riyadh mendapat pangkat Mumtaz.

Guru-Guru Talaqqi;

Talaqqi Quran & mendapat ijazah dari Syeikh Isa Mu'sarawi Qurra' Besar di Mesir.

Talaqqi Tauhid & Milal(Agama) dari Syeikh Abdullah bin Jibrin.

Talaqqi Tafsir & Feqah dari Syeikh Bin Bazz.

Dan ramai lagi(malas nk tulis dh)

Antara penulisan Syeikh Arefe.

Kitab Nihayatul Alam( Pengakhiran Dunia) dalam 100 hari dikeluarkan hampir  320ribu dijual.

Kitab Istamti' Bihayatik ( Nikmati Kehidupan Kamu) dikeluarkan pada tahun 2008 dicetak 3 juta salinan.

Kitab Rihlah Ila Samaa (Perjalanan Ke Langit) dicetak lebih dari sejuta salinan.

Kitab Tauhid bertajjuk Irkab Maana( Jom Naik Bersama Kami) dicetak 4 juta salinan.

Dan byk lagi...

Sekarang Syeikh merupakan Imam & Khatib di salah sebuah masjid di Riyadh & menjadi Anggota Kesatuan Ulama Dunia .

Sekian.

Manfaatkanlah kedatangan Syeikh di Bumi Kinanah ini...

Pemuda Pembaharuan

Monday, January 7, 2013 11:28 AM By Amien Ashbahani


Imam Muhammad Abdul Wahab antara tokoh mujaddid umat islam, perkara aqidah menjadi menjadi keutamaannya untuk memelihara benteng tauhid dari syirik yang telah mencemari pancaran tauhid dan dikotori kesuciannya. Beliau telah menulis buku-buku dan risalah-risalah dalam perkara tersebut. Beliau bangkit menanggung bebanan secara dakwah dan praktikal dalam memusnahkan pelbagai syirik yang berlaku di jazirah arab ketika itu.




al-Qaradawi dlm bukunya Thaqafah Daieah menyebut Allah SWT mengutus para pemuda pembaharuan yang dibangkitkan oleh Allah pada umat ini untuk memperbaharui baginya urusan agamanya,ada di kalangan mereka yang menjadi khalifah seperti Umar Ibn Aziz, atau sultan dan pemimpin seperti Nuruddin dan Salahuddin ataupun fuqaha' dan dai' seperti Al-Imam As-Syafie, Imam Al-Ghazali, dan Ibn Taimiyyah dan Syeikh Muhammad Ibn Wahhab.

terkadang para mujaddid ini berseorangan,terkadang mereka dalam bentuk berkumpulan atau madrasah islah.

begitu yang berlaku di bumi Malaysia, dizaman 60-70an ramai dikalangan masyarakat malaysia rosak aqidah kerna pegangan yang salah & menyeleweng. Allah utuskan seorang pemuda berani & lantang yang menuntut ilmu di bumi Madinah & Mesir membersihkan aqidah masyarakat melayu Malaysia.

Pemuda tersebut adalah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang telah turun ke medan politik berjuang & menanggung bebanan dakwah ini dengan penuh cekal & tabah. Tuan Guru telah mengarang puluhan buku berkaitan aqidah & memberi penerangan didalam setiap kuliah & ceramah beliau dimana sahaja.

Koleksi Gambar Tok Guru Zaman Muda.


















Musim Sejuk; Taman Bunga & Syurga Bagi Orang Mukmin

Monday, December 24, 2012 4:22 PM By Amien Ashbahani

Kedatangan musim sejuk sangat dinanti oleh orang-orang beriman kerna malamnya yang panjang dan siangnya yang pendek. Abu Hurairah pernah berkata mahukah kamu aku tunjukkan ghonimah(yakni harta rampasan) di musim sejuk? Para sahabat berkata; Ya. Lantas beliau menjawab berpuasa pada musim sejuk.

Saidina Umar al-Khattab pernah berkata;


 "الشتاء غنيمة العابدين"

Musim Sejuk Adalah Ghonimah Bagi Ahli Ibadat



Ibnu Mas'ud setiap kali kedatangan musim sejuk berkata selamat datang musim sejuk, padanya diturunkan keberkatan, malamnya yang panjang untuk berqiamulail manakala siang yang pendek untuk berpuasa.

Hasan al-Basri pula pernah berkata sebaik-baik masa adalah musim sejuk, malamnya yang panjang untuk qiam, siangnya yang pendek untuk berpuasa. Kerna sebab ini ahli ibadat menangis jika mensia-siakan malam dimusim sejuk dengan tidak bangun untuk qiam & disiang hari tidak berpuasa.

Begitulah hal keadaan orang salaf apabila musim sejuk datang, mereka bergembira kerna inilah peluang mereka memanjangkan munajat mereka dimalam hari mengadu segala perkara kepada Sang Pencipta, manakala tempoh masa siang yang pendek pula digunakan untuk mereka membanyakkan puasa.



قلوب بني آدم تلين في الشتاء وذلك أن الله خلق آدم من طين، والطين يلين في الشتاء


Hati Anak Adam Menjadi Lembut DiMusim Sejuk Kerna Itulah Allah Mencipta Adam Dari Tanah, Tanah Menjadi Lembut DiMusim Sejuk.



Syarahan Perdana Ulama Keluaran al-Azhar as-Syarif

Sunday, February 20, 2011 11:41 PM By Amien Ashbahani

Majlis Syarahan Perdana yang dianjurkan oleh Rabitah Khirij Azhar, yang menampilkan ulama-ulama besar dunia keluaran al-Azhar as-as-Syarif. Syarahan yang bertajuk : al-Asyairah, al-Maturuidiah & Ahli Hadis, Dakwah Kepada Penyatuan, Toleransi & Menolak Fahaman Melampau. Syarahan ini dilaksanakan bagi menyebar luaskan Manhaj al-Azhar yang bersifat Wasatiyyah dalam semua perkara. Maka Rabitah Khirij al-Azhar telah menganjurkan Syarahan ini bagi merealisasikan hasrat tersebut dengan menampilkan ulama-ulama keluaran Azhar bagi melaksanakan tugas itu. Syarahan ini telah diadakan di Dewan Muktamar al-Azhar(ACC). Antara ulama yang hadir adalah Dr Yusof Qaradawi, Syeikh Ali Jumaat, Syeikh Salim 'Iwa, Syeikh Ramadhan Buty, Syeikh Salman Audah dan ramai lagi.


Syeikh al-Allamah Nuruddin Ali Jumaat sedang menulis sesuatu semasa syarahan perdana ini.



al-Imam al-Allamah Dr Yusof Qaradawi berada di Pentas Utama bersama Syeikhul Azhar, Syeikh Ahmad Toyyib.


Syeikh Hassan Syafie sedang menyapaikan syarahan, beliau adalah ahli Majlis Majma' Buhuth.




Antara barisan ulama yang turut serta dalam Syarahan perdana ini.



Syeikh Nasr Fared Wasl turut serta dalam Syarahan perdana ini walaupon tidak menyampaikan ucapan, beliau adalah Mantan Mufti Kerajaan Mesir .


Imam Qaradawi dikerumuni orang ramai sebaik sehaja program selesai.


Syeikh Ramadhan al-Buty menyampaikan syarahan.



Syeikh Salman Audah ketika menyampaikan syarahan, beliau adalah pengasas laman web islamtoday.net.






SYEIKH SAID HAWA

Sunday, November 14, 2010 7:07 AM By Amien Ashbahani

SYEIKH SAID HAWA (rahimahullah)
Mujahid Ulung Abad -20M (1935-1989)
                        

Di pagi khamis yang hening, 9 Mac 1989, berangkatlah satu jiwa yang suci untuk menemui tuhannya yang ketika hayatnya dikenali sebagai Syeikh Said bin Muhammad Deib bin Mahmud Hawwa (rhm). Beliau adalah seorang pemikir muslim, mujahid, alim dan da’ie. Peribadi yang telah mengorbankan seluruh hayatnya untuk memperjuangkan Islam ini, telah kembali menghadap tuhannya dalam usia 54 tahun ketika dunia masih memerlukan dirinya.


Sejarah hidupnya

Syeikh Said Hawwa (rhm) dilahirkan di suatu tempat yang bernama Ailliyyat, yang terletak di bandar Hamma/Humat, Syria pada 27 September 1935M. Bapanya Muhammad Deib Hawwa merupakan seorang murabbi dan mujahid pemberani yang berjuang menentang penjajahan Perancis, maka tidak hairanlah darah pejuang mengalir di dalam tubuhnya dan mewarnai lukisan hidupnya. Ibunya meninggal dunia ketika beliau baru berusia 2 tahun.
Kemiskinan hidup menyebabkan beliau tidak mendapat pendidikan yang sempurna. Namun, kerana kecerdasan otaknya luar biasa kurniaan Allah Taala, beliau  mampu menimba kembali ilmu yang tertinggal sehingga muncul sebagai tokoh ulama’ yang terkenal dan ulung di abad ini.
Said Hawwa seorang yang gemar mem- baca buku. Dalam satu hari, ia pasti membaca buku; cepat membaca, cepat memahami dan cepat menguasai. Kecerdasannya diakui oleh teman-teman dan guru-gurunya.
Ketika masa muda, ia mengamati gerakan pemikiran nasionalis, sosialis dan Ikhwanul Muslimin. Lalu dengan hidayah Allah s.w.t. ia pun bergabung dengan Ikhwanul Muslimin tahun 1952.
Pada tahun 1956, beliau memasuki salah sebuah universiti di Damsyik dan lulus tahun 1961, menyertai ketenteraan (1963), mendiri kan rumah tangga (1964) dan dikurniakan empat orang anak lelaki. 
Di dalam tulisannya, beliau menyebut individu-individu yang memainkan peranan  besar dalam membentuk syakhsiyyah beliau di antaranya adalah Syeikh ‘Allamah Muhammad al-Hamid dan Syeikh Mustaffa as-Sibai’e. Ilmu nya ditalaqqi daripada Syeikh Abdul Karim ar-Rifa’iy, Syeikh Ahmad Al-Murad, Syeikh Musthafa az-Zarqa’, Ustaz Fauziy Faidhullah dan lain-lain.
Penglibatan awalnya dalam gerakan Ikhwanul Muslimin bermula pada tahun 1952 ketika beliau masih belajar di tahun 1 Thanawi.
Beliau terlibat dalam krisis perlembaga- an pada tahun 1979 dan dipenjarakan selama lima tahun. Di penjara itulah beliau mengarang kitabnya ‘al-Asas fit-tafsir’ (11 jilid), serta mempersiapkan beberapa buah buku dakwah lainnya.
Selepas dibebaskan dari penjara, beliau dilantik sebagai pimpinan Ikhwan Syria sehingga tahun 1982. Setelah itu beliau terlibat dalam siasah Ikhwan sehingga tahun 1987 dan pernah memegang tampuk kepimpinan Ikhwanul Muslimin di peringkat negeri dan antarbangsa.

Syakhsiyyah Mujahid Mithali

Kemuliaan peribadi mujahid ini terserlah dalam pergaulan seharian beliau dengan mereka yang bermuamalat dengannya, samada sahabat yang sefikrah, mahupun mereka yang berbeza fahaman dengannya. Akhlak yang baik, tutur kata yang lembut serta wajah yang sentiasa dihiasi dengan senyuman menambat hati sesiapa yang mengenalinya.
Beliau aktif memberikan pengajian dan khutbah di Syria, Arab Saudi, Kuwait, Emirat Arab, Iraq, Jordan, Mesir, Qatar, Pakistan, Amerika dan Jerman.
Beliau yang mengambil berat tentang perkembangan semasa dan kuat membaca serta mempunyai kemampuan yang meng- kagumkan dalam mengingati pelbagai aliran pemikiran.    
Meskipun beliau kaya dengan ilmu dan pekerti, tetapi kehidupannya sederhana sahaja dan tidak berharta. Kehidupannya yang sentiasa dalam kesederhanaan diterimanya dengan penuh rasa redha dan syukur. Keadaan ini telah membentuk sifat zuhud dalam dirinya.
Said Hawwa adalah seorang yang bersikap tegas dalam soal pakaian. Beliau pernah menulis dalam satu makalahnya: “Apabila halus perasaan keIslaman seseorang, maka bertambah kuatlah pegangannya terhadap sunnah. Sebaliknya apabila kasar perasaan seseorang itu, maka dia boleh menyesuaikan diri dengan mana-mana keadaan dan tidak akan terasa keadaan itu ganjil baginya. Seluar menggambarkan mentaliti Eropah. Ia bercanggah dengan sebilangan adab susila Islam. Di antara sebab kita perlu berpegang dengan pakaian ialah agar Islam dapat diperluaskan dan agar seseorang itu beriltizam dengannya, atau paling kurang ada niat untuk berbuat demikian.”
Walaupun beliau serius dalam perkara ini, namun beliau masih membuka ruang bagi orang yang berbeza pendapat dengannya. Oleh itu dipinta secara ijtihad supaya kita meng-ambil berat tentang pakaian dan rupa bentuk. Paling kurang seseorang itu tidak akan menentang orang lain yang beriltizam dengan nya.

Sumbangan Terhadap Islam

Syeikh Said Hawwa merupakan seorang da’ie yang berjaya. Beliau bukan sahaja menyampaikan ilmunya melalui kelas-kelas pengajian dan syarahan, malah turut menulis beberapa buah buku dan makalah antaranya:
‘Allah Jalla Jalaaluh’, ‘ar-Rasul’, ‘al-Islam’, ‘Asas fi Sunnah wa Fiqhiha: sirrah, aqo’ied, i’badah’, ‘Mustaklis fi Tazkiyatil anf-Fusi, ‘Pengenalan Kepada Dakwah Ikhwanul Muslimin’, ‘Jundullah Thaqafatan Wa Akhlaqan’, ‘Tarbiyatuna ar-Ruhiyah’, ‘Ufuk Risalah Ta’lim’ dan lain-lain lagi.
Buku-buku karangan beliau amat bernilai dan perlu dihadamkan oleh sesiapa yang bercita-cita untuk mewakafkan dirinya dalam perjuangan Islam. Di samping itu ianya sesuai dengan waqie’ dan zuruf di tanah air.
Di dalam buku ‘Jundullah Thaqafatan Wa Akhlaqan’, beliau telah menggariskan beberapa ciri akhlak asasi yang perlu dimiliki oleh setiap individu muslim untuk melayakkan dirinya ter- golong di dalam golongan Hizbullah sepenuh nya. Ciri-ciri akhlak tersebut adalah:
i-  Kecintaan kepada Allah.
ii- Bersifat rahmah kepada golongan  mu’minin.
iii-Bersifat tegas terhadap golongan kuffar.
iv-Berjihad di jalan Allah.
v-Memberikan wala’nya kepada Allah, Rasul dan golongan mu’minin.
   
“Oleh kerana ciri-ciri individu muslim ini tidak terbatas kepada beberapa ciri tertentu sahaja dan ia juga tidak ditentukan bilangan nya oleh al-Qur’an dan as-Sunnah, maka sayugialah perciriannya itu terbuka kepada ukuran dan kecenderungan yang berbeza. Namun begitu, sekiranya kita ingin menta’rif kan individu muslim secara menyeluruh,  maka pada dasarnya individu muslim itu adalah peribadi muslim yang muttaqin, kerana adalah jelas bahawa kewujudan seluruh sifat-sifat yang mulia itu adalah bersumberkan dari hati yang bertaqwa.”
Meskipun beliau telah pergi untuk selama-lamanya, namun manfaat yang tidak ternilai masih dapat diambil secara berterusan melalui buku-buku karangannya.
Pada 14 Disember 1988 beliau mengalami keadaan koma, kerana sakit yang dideritai, sehingga 9 Mac 1989 beliau wafat di Hospital Amman, Jordan. Jenazah beliau diiringi dengan kepiluan dan kesedihan serta doa puluhan ribu para pejuang Islam, sehinggakan terdapat penyair yang merintih: “Alangkah baiknya jika masa dapat melahirkan syakhsiyyah seperti ini, akan tetapi masa terbukti bakhil untuk berbuat demikian”.


PEMIKIRAN SALAFI

Friday, November 12, 2010 1:04 AM By Amien Ashbahani

oleh: imam al-Qaradhawi


Yang dimaksud dengan "Pemikiran Salafi" di sini ialah kerangka berfikir (manhaj fikri) yang tercermin dalam pemahaman generasi terbaik dari ummat ini. Yakni para Sahabat dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan setia, dengan mempedomani hidayah Al-Qur'an dan tuntunan Nabi SAW. 

Kriteria Manhaj Salafi yang Benar

Yaitu suatu manhaj yang secara global berpijak pada prinsip berikut :
  1. Berpegang pada nas-nas yang ma'shum (suci), bukan kepada pendapat para ahli atau tokoh.
  2. Mengembalikan masalah-masalah "mutasyabihat" (yang kurang jelas) kepada masalah "muhkamat" (yang pasti dan tegas). Dan mengembalikan masalah yang zhanni kepada yang qath'i.
  3. Memahami kasus-kasus furu' (kecil) dan juz'i (tidak prinsipil), dalam kerangka prinsip dan masalah fundamental.
  4. Menyerukan "Ijtihad" dan pembaruan. Memerangi "Taqlid" dan kebekuan.
  5. Mengajak untuk ber-iltizam (memegang teguh) akhlak Islamiah, bukan meniru trend.
  6. Dalam masalah fiqh, berorientasi pada "kemudahan" bukan "mempersulit".
  7. Dalam hal bimbingan dan penyuluhan, lebih memberikan motivasi, bukan menakut-nakuti.
  8. Dalam bidang aqidah, lebih menekankan penanaman keyakinan, bukan dengan perdebatan.
  9. Dalam masalah Ibadah, lebih mementingkan jiwa ibadah, bukan formalitasnya.
  10. Menekankan sikap "ittiba'" (mengikuti) dalam masalah agama. Dan menanamkan semangat "ikhtira'" (kreasi dan daya cipta) dalam masalah kehidupan duniawi.
Inilah inti "manhaj salafi" yang merupakan ciri khas mereka. Dengan manhaj inilah dibinanya generasi Islam terbaik, dari segi teori dan praktek. Sehingga mereka mendapat pujian langsung dari Allah di dalam Al-Qur'an dan Hadits-Hadits Nabi serta dibuktikan kebenarannya oleh sejarah. Merekalah yang telah berhasil mentransfer Al-Qur'an kepada generasi sesudah mereka. Menghafal Sunnah. Mempelopori berbagai kemenangan (futuh). Menyebarluaskan keadilan dan keluhuran (ihsan). Mendirikan "negara ilmu dan Iman". Membangun peradaban robbani yang manusiawi, bermoral dan mendunia. Sampai sekarang masih tercatat dalam sejarah.

Citra "Salafiah" Dirusak oleh Pihak yang Pro dan Kontra

Istilah "Salafiah" telah dirusak citranya oleh kalangan yang pro dan kontra terhadap "salafiah". 

Orang-orang yang pro-salafiah - baik yang sementara ini dianggap orang dan menamakan dirinya demikian, atau yang sebagian besar mereka benar-benar salafiyah - telah membatasinya dalam skop formalitas dan kontroversial saja, seperti masalah-masalah tertentu dalam Ilmu Kalam, Ilmu Fiqh atau Ilmu Tasawuf. 

Mereka sangat keras dan garang terhadap orang lain yang berbeda pendapat dengan mereka dalam masalah-masalah kecil dan tidak prinsipil ini. Sehingga memberi kesan bagi sementara orang bahwa manhaj Salaf adalah metoda "debat" dan "polemik", bukan manhaj konstruktif dan praktis. Dan juga mengesankan bahwa yang dimaksud dengan "Salafiah" ialah mempersoalkan yang kecil-kecil dengan mengorbankan hal-hal yang prinsipil. Mempermasalahkan khilafiah dengan mengabaikan masalah-masalah yang disepakati. Mementingkan formalitas dan kulit dengan melupakan inti dan jiwa.

Sedangkan pihak yang kontra-salafiah menuduh faham ini "terbelakang", senantiasa menoleh ke belakang, tidak pernah menatap ke depan. Faham Salafiah, menurut mereka, tidak menaruh perhatian terhadap masa kini dan masa depan. Sangat fanatis terhadap pendapat sendiri, tidak mau mendengar suara orang lain. Salafiah identik dengan anti pembaruan, mematikan kreatifitas dan daya cipta. Serta tidak mengenal moderat dan pertengahan(wasatiyyah).

Sebenarnya tuduhan-tuduhan ini merusak citra salafiah yang hakiki dan penyeru-penyerunya yang asli. Barangkali tokoh yang paling menonjol dalam mendakwahkan "salafiah" dan membelanya mati-matian pda masa lampau ialah Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah beserta muridnya Imam Ibnul-Qoyyim. 

Mereka inilah orang yang paling pantas mewakili gerakan"pembaruan Islam" pada masa mereka. Karena pembaruan yang mereka lakukan benar-benar mencakup seluruh disiplin ilmu Islam. 

Mereka telah menumpas faham "taqlid", "fanatisme madzhab" fiqh dan ilmu kalam yang sempat mendominasi dan mengekang pemikiran Islam selama beberapa abad. Namun, di samping kegarangan mereka dalam membasmi "ashobiyah madzhabiyah" ini, mereka tetap menghargai para Imam Madzhab dan memberikan hak-hak mereka untuk dihormati. Hal itu jelas terlihat dalam risalah "Raf'l - malaam 'anil - A'immatil A'lam" karya Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah.

Demikian gencar serangan mereka terhadap "tasawuf" karena penyimpangan-penyimpangan pemikiran dan aqidah yang menyebar di dalamnya. Khususnya di tangan pendiri madzhab "Al-Hulul Wal-Ittihad" (penyatuan). Dan penyelewengan perilaku yang dilakukan para orang jahil dan yang menyalahgunakan "tasawuf" untuk kepentingan pribadinya. Namun, mereka menyadari tasawuf yang benar (shahih). Mereka memuji para pemuka tasawuf yang ikhlas dan robbani. 

Bahkan dalam bidang ini, mereka meninggalkan warisan yang sangat berharga, yang tertuang dalam dua jilid dari "Majmu' Fatawa" karya besar Imam Ibnu Taimiyah. Demikian pula dalam beberapa karangan Ibnu-Qoyyim. Yang termasyhur ialah "Madarijus Salikin syarah Manazil As-Sairin ila Maqomaat Iyyaka Na'budu wa Iyyaka Nasta'in", dalam tiga jilid.

Mengikut Manhaj Salaf Bukan Sekedar Ucapan Mereka

Yang perlu saya tekankan di sini, mengikut manhaj salaf, tidaklah berarti sekedar ucapan-ucapan mereka dalam masalah-masalah kecil tertentu. Adalah suatu hal yang mungkin terjadi, anda mengambil pendapat-pendapat salaf dalam masalah yang juz'i (kecil), namun pada hakikatnya anda meninggalkan manhaj mereka yang universal, integral dan seimbang. Sebagaimana juga mungkin, anda memegang teguh manhaj mereka yang kulli (universal), jiwa dan tujuan-tujuannya, walaupun anda menyalahi sebagian pendapat dan ijtihad mereka.

Inilah sikap saya pribadi terhadap kedua Imam tersebut, yakni Imam Ibnu Taimiyah dan Ibnul-Qoyyim. Saya sangat menghargai manhaj mereka secara global dan memahaminya. Namun, ini tidak berarti bahwa saya harus mengambil semua pendapat mereka. Jika saya melakukan hal itu berarti saya telah terperangkap dalam "taqlid" yang baru. Dan berarti telah melanggar manhaj yang mereka pegang dan perjuangkan sehingga mereka disiksa karenanya. Yaitu manhaj "nalar" dan "mengikuti dalil". Melihat setiap pendapat secara obyektif, bukan memandang orangnya. Apa artinya anda protes orang lain mengikut (taqlid) Imam Abu Hanifah atau Imam Malik, jika anda sendiri taqlid kepada Ibnu Taimiyah atau Ibnul-Qoyyim 

Juga termasuk menzalimi kedua Imam tersebut, hanya menyebutkan sisi ilmiah dan pemikiran dari hidup mereka dan mengabaikan segi-segi lain yang tidak kalah penting dengan sisi pertama. Sering terlupakan sisi Robbani dari kehidupan Ibnu Taimiyah yang pernah menuturkan kata-kata: "Aku melewati hari-hari dalam hidupku dimana suara hatiku berkata, kalaulah yang dinikmati ahli syurga itu seperti apa yang kurasakan, pastilah mereka dalam kehidupan yang bahagia".

Di dalam sel penjara dan penyiksaannya, beliau pernah mengatakan: "Apa yang hendak dilakukan musuh terhadapku? Kehidupan di dalam penjara bagiku merupakan khalwat (mengasingkan diri dari kebisingan dunia), pengasingan bagiku merupakan rekreasi, dan jika aku dibunuh adalah mati syahid".

Beliau adalah seorang laki-laki robbani yang amat berperasaan. Demikian pula muridnya Ibnul-Qoyyim. Ini dapat dirasakan oleh semua orang yang membaca kitab-kitabnya dengan hati yang terbuka.

Namun, orang seringkali melupakan, sisi "dakwah" dan "jihad" dalam kehidupan dua Imam tersebut. Imam Ibnu Taimiyah terlibat langsung dalam beberapa medan pertempuran dan sebagai penggerak. Kehidupan dua tokoh itu penuh diwarnai perjuangan dalam memperbarui Islam. Dijebloskan ke dalam penjara beberapa kali. Akhirnya Syaikhul Islam mengakhiri hidupnya di dalam penjara, pada tahun 728 H. Inilah makna "Salafiah" yang sesungguhnya.

Bila kita alihkan pandangan ke zaman sekarang, kita temukan tokoh yang paling menonjol mendakwahkan "salafiah", dan paling gigih mempertahankannya lewat artikel, kitab karangan dan majalah pembawa missi "salafiah", ialah Imam Muhammad Rasyid Ridha. Pem-red majalah "Al-Manar' yang selama kurun waktu tiga puluh tahun lebih membawa "bendera" salafiah ini, menulis Tafsir "Al-Manar" dan dimuat dalam majalah yang sama, yang telah menyebar ke seluruh pelosok dunia.

Rasyid Ridha adalah seorang "pembaharu" (mujaddid) Islam pada masanya. Barangsiapa membaca "tafsir"nya, sperti : "Al-Wahyu Al-Muhammadi", "Yusrul-Islam", "Nida' Lil-Jins Al-Lathief", "Al-Khilafah", "Muhawarat Al-Mushlih wal-Muqollid" dan sejumlah kitab dan makalah-makalahnya, akan melihat bahwa pemikiran tokoh yang satu ini benar-benar merupakan "Manar" (menara) yang memberi petunjuk dalam perjalanan Islam di masa modern. Kehidupan amalinya merupakan bukti bagi pemikiran "salafiah"nya.

Beliaulah yang merumuskan sebuah kaidah "emas" yang terkenal dan belakangan dilanjutkan Imam Hasan Al-Banna. Yaitu kaidah :
"Mari kita saling bekerja sama dalam hal-hal yang kita sepakati. Dan mari kita saling memaafkan dalam masalah-masalah yang kita berbeda pendapat."
Betapa indahnya kaidah ini jika dipahami dan diterapkan oleh mereka yang meng-klaim dirinya sebagai "pengikut Salaf".



(disalin dari buku "Aulawiyaat Al Harokah Al Islamiyah fil Marhalah Al Qodimah" karya Dr.Yusuf Al Qordhowi, edisi terjemahan Penerbit Usamah Press)
catatan:kami tidak membuat sebarang edit untuk menghormati karya terjemahan Penerbit, semoga Allah swt mengurniakan kita semua petunjuk ke Jalan Kebenaran..Amien.